Sebenarnya sudah lama untuk bercerita mengenai hal kenaikan sewa yang sangat mendadak. Sebenarnya memang boleh diterima logik akal kerana kawasan rumah yang kami sewa masih rendah sewanya iaitu rm500 untuk sewa rumah teres setingkat, 3bilik tidur, dua bilik air.
Memang menjadi kesempatan untuk tuan rumah naikkan sewa, kerana jika kami keluar dari rumah ini pasti berebut orang yang nak sewa, mungkin sanggup membayar lebih dari rm700. Kerana rumah ini berada di kawasan yang panas, berdekatan dengan pusat pengajian tinggi dan pusat kemudahan lain sperti bank, pejabat pos, kedai makan, pasar raya dan sebagainya.
Masalahnya terlalu mendadak naik rm200 selepas tuan rumah bertukar tangan. Ini pula berlaku di bulan umat Islam sedang menyambut raya,banyak bajet sudah habis untuk persiapan raya dan sebagainya. Tetapi pakan daya, terima dengan seadanya sahaja. redha saja.
Dan deposit rumah juga selama dua bulan terpaksa dibayar kadar tambahan sebanyak rm400. Sebelum ini deposit hanya rm1000 untuk dua bulan. Ye lah sewa hanya rm500. Sekarang sudah naik rm700. Bila diselidiki kenapa perlu naikkan sewa rumah, Rupanya tuan rumah yang baru perlu membayar pinjaman bulanan rumah kepada pihak bank dengan harga yang tinggi tidak seperti tuan rumah sebelum ini yang mendapatkan banyak keistimewaan kerana bekerja sebagai kakitangan kerajaan.
Apa perlu buat, sudah nasib kami sebagai penyewa perlu ikut kehendak tuan rumah, Jika tidak mahu ikut,perlu cari rumah lain yang tidak tahu tahap keselesaannya. Macam rumah sekarang, memang kejiranan sangat ramah, kebanyakan orang melayu. Berdekatan dengan taska dan banyak kelebihan lain. Jika mahu, perlu sahaja mencari rumah sendiri yang harga memang di luar kemampuan.
Sekian, sedikit catatan pengalaman sendiri mengenai kenaikan sewa rumah yang sedang diduduki tanpa ada notis terlebih awal.
Jom
beriklan di sini : SOHO
Directory
Baca
terma iklan di sini : Syarat
pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party
Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan
fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp
ke : 010-9336935
Emel
: wanrokiahwannor@gmail.com
Facebook
: Wan
Rokiah
No comments:
Post a Comment