Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Sunday, 10 November 2013

Cendol Santan sedap

Assalamualaikum w.b.t,

Teringat masa dalam keadaan teringin sangat nak makan cendol yang sejuk sejuk sedap dimakan. Memang kalau diikutkan yang mak buat lagi terbaik, campur  dengan durian, memang sangat lazat dimakan sejuk-sejuk yang baru keluar dari peti sejuk.

Tak mahu berceloteh panjang, nak terus kongsi resepi mudah yang baru sahaja saya buat minggu lepas.Terkebetulan ke kedai runcit berdekatan rumah, ada jual cendol, cincau dan lain-lain, Maka terus beli santan kotak, cendol dalam pek dan gula melaka.

Resepi Cendol Santan Sedap
Bahan-bahan
1) Santan kotak, tak perlu guna habis sekotak kecil itu,
tengok keperluan kita sendiri
2)Cendol pek
3)Gula Melaka
4) Gula biasa 2 sudu
5) Sedikit garam
6) Jika ada, gunakan durian sebagai penambah rasa lemak-lemak manis

Saya pilih cendol dalam pek ini, ini je yang ada

Santan kara sebab pekat dan murah

Gula melaka yang sudah dicairkan


Cara-caranya:
1) Panaskan gula melaka dengan secawan air di atas dapur, Biarkan sehingga gula melaka mencair. Campur sedikit gula biasa, Pastikan sentiasa kacau sehingga semua bahan larut.Tapiskan dan sejukkan,
2) Panaskan santan di atas api perlahan, campurkan sedikit garam. Matikan api setelah mendidih.
3) Basuh cendol yang dari pek dan toskan.
4)Campurkan kesemua bahan tadi, cendol, gula melaka dan santan. Tambah isi durian jika suka.
5) Sejukkan di dalam peti sejuk.
6) Siap, keluarkan untuk makan.

Sekian, selamat mencuba.


Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah




No comments:

Post a Comment