Assalamualaikum w.b.t,
Entri ini ditulis pada 17hb Januari 2018.
Bermulalah rutin baru sejak semalam, apabila saya dah mula bekerja semula.Sekejap sahaja cuti 60 hari yang diberi oleh syarikat habis. Sungguh pantas masa berlalu kan. Jadi saya coretkan di sini sebagai pengalaman ibu anak 3.
Balik dari kerja bergegas masuk dapur. Lauk basah memang awal-awal dah letak peti bawah, supaya tak beku dan ambil masa yang lama untuk defrost. Masak secepat dan seringkas yang mungkin. Biasa saya dah rancang untuk masak apa dengan bertanya suami dan anak-anak, dan bergantung pada lauk apa yang ada dalam stok kami untuk menu yang dimasak.
Dah ambil anak dari Pasti yang berumur 6 tahun, kena layan kerenah dia pula. semakin banyak mulut dan songeh bercerita pasal kejadian d sekolahnya dan apa yang berlaku pada hari tersebut. Kemudian, saya bergegas ambil beg sekolah dan beg pakaian anak di transit, kemudian baru ambil bayi di rumah pengasuh. Memang satu jalan saja, kira berdekatan antara satu sama lain.
Rutin yang lain adalah Basuh baju, kena basuh hari-hari sebab tak nak baju bayi rosak sebab kesan muntah biasa akan sebab kan pakaian mudah bertaik lalat. Lagipun senang diurus jika terus di basuh.
Bila malamnya pula,Kemas buku sekolah anak ikut jadual waktu, sekolah agama untuk paginya dan petang sekolah rendah. Kemas beg anak yang Pasti al hadi, letak baju 2 pasang untuk jagaan petang.
Isi air mineral dalam botol untuk dibekal ke sekolah esoknya. Terus sediakan bahan-bahan untuk bekal esok, kalau nak goreng nasi, pastikan bawang sudah siap ditumbuk dan bahan lain sudah siap dipotong. Tinggal esok nak menggoreng saja, jadi jimat masa di waktu pagi.
Begitulah rutin harian yang sedikit sebanyak memang bertukar sejak ada bayi baru. Keutamaan mestilah untuk dia. Jadual kita pun banyak bergantung pada keadaan dia, waktu tidur, waktu nak menyusu dan waktu nak bermain. Jadi ibu dan bapa harus sedia untuk hadapi sebarang kemungkinan itu.
Mata dah mengantuk dan badan sudah minta rehat, baik saya lelapkan mata dulu sementara bayi sudah tidur, kerana kita tak tahu bila dia akan bangun dan minta nak bermain.
Sekian dulu.
No comments:
Post a Comment