Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Monday, 1 January 2018

Nasi Goreng Telur Kicap Mudah

Assalamualaikum w.b.t

Selamat pagi dan semangat tahun baru 2018.

Pagi ini saya nak kongsikan cara goreng nasi mudah. Kebetulan ada lebihan nasi dingin malam tadi dalam 2 cawan.
Jadi kita tumbuk bawang putih dengan sedikit garam (kena sedikit sahaja untuk elak masin). Lepas itu tumis dengan minyak sampai naik bau. Pecahkan telur dan kacau. Pastikan telur dibasuh bersih ya. Bila telur dah masak, saya tambah sedikit air dan kicap manis. Kacau sekata dan masukkan nasi dingin tadi yang dah diberaikan. Kecikkan api dan kacau rata. Dah pun siap. Sedap dimakan panas-panas dengan keropok keping.

Jadilah nasi goreng telur kicap yang viral dan tersangat mudah.

Sepinggan besar nasi goreng viral
Jadi bahan untuk masak nasi goreng mudah ini ialah
Nasi dingin
Bawang putih beberapa ulas, lagi banyak lagi sedap dan wangi
Sedikit garam
Kicap
Telur
Sedikit air

Sekian dulu. 
Selamat mencuba!

No comments:

Post a Comment