Mood masak masih ON, jadi kita layankan saja.
Kita pilih menu yang sihat, peria goreng telur. Katanya peria ini elok untuk cuci darah kotor dalam tubuh, elok juga untuk pengidap diabetes.
Lauk sampingan adalah udang goreng kunyit, letak bawang besar-potong bulat-bulat. Sebagai penambah selera.
Semasa dalam tempoh berpantang lagi, memang sangat terliur dengan udang. Dah habis pantang, apa lagi, kita kerjakan ia lah kan. Sedap.
Peria goreng telur sangat mudah sebenarnya.
Tapi sebelum dimasak , perlu rendam dengan air garam terlebih dahulu untuk hilangkan pahitnya.
Cara masak peria sangat mudah dan tak perlu banyak bahan pun, cukup ada bawang putih bawang merah dan sedikit halia. Kalau nak guna bawang putih saja pun dah cukup.
Tumbuh dulu awas dan tumis, masukkan air jika perlu dan taruh peria yang terlebih dulu ditos air garam tadi. Kacau rata. Lepas itu tuang telur 1 biji dan kacau biar melekat dengan peria.
Semudah itu saja. Dah siap pun peria goreng telur. Boleh dimakan dengan nasi panas-panas. Ada lauk ini pun dah cukup.
Peria yang dah dipotong, direndam air garam terlebih dahulu.
Sekian dulu, resepi ringkas dari saya. Sejak pandai makan peria, kalau hari-hari makan peria begini pun tak apa.
No comments:
Post a Comment