Antara makanan berpantang yang menjadi kesukaan saya adalah ikan selar bakar makan dengan lada hitam dan nasi panas-panas. Tambah pula sayur air menjadikan menu berpantang lengkap.
Kebiasaan ikan goreng atau bakar letak kunyit serbuk dan garam halus saja sudah memadai dan sedap.
Tapi kali ini saya cuba resepi lain dengan masukkan halia, bawang putih dan kunyit untuk ikan.
Tumbuk saja bahan tersebut dengan sedikit garam halus, nak guna garam kasar pun boleh cuma kurangkan dos sahaja.
Ikan selar bakar yang dah siap untuk dimakan dengan nasi panas-panas, bau wangi ikan bercampur nasi panas sungguh menyelerakan.
Ikan selar bakar siap |
Bakar dalam pemanggang ajaib |
Cukuplah 2 ekor untuk 2 kali makan, tengahari dan malam. Saya spray kan sedikit minyak pada ika supaya ikan tak terlalu kering apabila masak.
Bahan yang digunakan |
Siap untuk dibakar |
No comments:
Post a Comment