Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Monday, 8 January 2018

Beli belah di GM Klang

Assalamualaikum w.b.t,

Kebetulan cuti berpantang masih bersisa, saya ambil peluang untuk ke GM Klang, sebelum ini dah pernah datang 1 kali, tapi tiada peluang nak singgah sebab keadaan sangat sesak dan susah dapat parking. masa itu saya, adik, adik ipar dan anak dalam perjalanan ke Meru Klang, ada jemputan makan-makan di rumah makcik.
Jadi hari ini luangkan sedikit masa untuk tinjau apa yang ada, sebab bunyi glamor sangat GM Klang ni.

Nasib tidak berapa baik kerana dari Kajang, hujan renyai-renyai dan keadaan trafik sangat sesak. Ambil masa lebih kurang 1jam untuk melepasi kesesakan lalulintas, banyak kereta atas jalan raya. Saya andaikan itu mereka yang telah terlambat masuk kerja atau waktu kerja mereka bermula jam 10pagi.

Dalam jam 1.30 tengahari saya sampai, alhamdulillah parking pun banyak kosong. Saya makan tengahari dulu di Nyonya Village. Isi perut dulu, dari pagi tidak bersarapan nasi, hana minum air protein dan body key nutrilite saja.   Plan asal nak ke Warung bunian untuk makan nasi lemak telur bungkus dan roti canai jiwa kacau. Kena dibatalkan sebab dah lewat, hampir jam 10 masih berada di Kajang akibat kesesakan.

Dah siap makan, saya beli biskut di tingkat G, sama level dengan kedai makan tadi. Kemudian kami naik ke tingkat 1, ada pelbagai jenis pakaian dijual. Antaranya baju-baju tidur seksi, gelang dan rantai daripada manik,ada juga macam emas tapi tiruan, kedai kasut. Saya beli stokin dan tuala kecil.


Kemudian naik pula ke level 2, cuci mata dengan pakaian lagi, beg-beg tangan. Saya terbeli pakaian bayi di sini.  Ada juga barang permainan kanak-kanak serta baragan hari jadi diual di dini. Barang rumah seperti rak-ak pun ada dijual. Memang puas hati cuci mata. Adik saya pula beli towel hello kitty, stokin dan biskut koala.

Kami balik dalam jam 3.30, itupun kerana kaki dah tak larat nak berjalan dan kebetulan adik nak masuk kerja pula jam 7 malam nanti. Kami sampai semula di Kajang dalam 4.30petang. Dalam masa yang sama, berjanji dan bercadang akan kembali lagi ke sini. Ada barang yang saya berkenan tapi belum boleh beli lagi sebab bukan keperluan tetapi kehendak.

Meh tengok antara gambar yang saya snap yang boleh dikongsi di sini.

Jambangan bunga dan patung di kedai menjual coklat

Boleh buat rujukan (dalam lift GM Klang)
Sekian dulu, sehingga berjumpa lagi nanti.

No comments:

Post a Comment