Saja nak kongsikan sebagai kenangan dan juga rujukan di masa akan datang buat saya sendiri dan juga pembaca sekalian.
Antara juadah masakan saya pada hari raya kali ini adalah, boleh rujuk gambar di bawah. Ramai yang dah tahu yang tahun ini kami beraya di perantauan saja di Selangor dan tidak pulang beraya di kampung yang berada nun di Kelantan.
Jom tengok apa yang saya sediakan untuk menyambut hari raya korban.
Mestilah yang utama adalah rendang ayam, di minit akhir adik yang datang dari Johor yang jadi mangsa untuk beratur panjang membeli ayam seekor di Giant yang terdekat dengan rumah. Padahal buat rendang nya sedikit saja.
Pastu saya masak ketupat palas segera dan nasi himpit segera, jadilah untuk merasa berhari raya dengan juadah yang ala kadar saja.
Nak cerita sikit saya gunakan periuk atau kuali inspire dari Tupperware jadi saya tak gunakan setitik minyak pun dan setitik air pun untuk masak rendang ini. Dan saya gunakan pes rendang segera dari tupperware juga. Masa untuk masak rendang ayam ini pula dalam 20 minit saja siap.
Cuma saya tambahkan cili, bawang merah, bawang putih dan serai yang telah dihancurkan dalam Turbo Chopper Tupperware.
Semasa sesi memasak, saya tutupkan periuk dengan penutup nya dan injapnya pastikan ke arah yang tutup, air memang akan datang sendiri dari ayam dan dari wap panas yang terhasil, sebab itu kita tak perlukan setitik air tambahan untuk masak rendang ini.
Jika anda nak rendang yang kering, boleh buka injap (hala ke kanan) untuk biarkan wap air terbebas keluar.
Lepas itu, ada lah tambahan sate ayam dan sate daging yang suami beli dari Sate Samuri Kajang, barulah rasa lengkap raya dengan juadah raya. Pagi nya pula saya goreng bihun sebagai alas perut kami sekeluarga.
Ini pula nasi minyak dan sambal ayam masak merah serta sambal suhun jawa yang diberi oleh jiran sebelah, rezeki di hari raya dari tukang masak sebelah rumah. memang sangat sedap masakan dia.
Untuk tengahari pula, saya gorengkan daging, paru, hati lembu yang suami bawa balik dari surau. Untung pagi-pagi lagi ke surau untuk tengok orang korban lembu, jadi adalah rezeki kami tahun ini untuk daging korban tidak seperti tahun sebelum ini yang langsung tidak dapat.
Hari kedua pula saya buat singgang daging dan goreng daging. Pagi-pagi lagi saya dah makan nasi dan siapkan anak yang kecil dan bawa keluar ke surau berdekatan rumah kami untuk melihat lembu disembelih iaitu di Surau Annur, Surau Dato Dr Harun Din yang menyembelih 20 ekor lembu dalam masa yang singkat kerana sistem yang digunakan adalah terbaik.
Ini saja dulu perkongsian kali ini. Bagi anda yang berminat untuk dapatkan periuk/kuali dari tupperware atau juga pes rendang serta pelbagai pes lain, boleh lah hubungi saya.
Iklan sikit:
Harga asal Fryer dari tupperware adalah RM698, jika anda beli dengan saya hanya RM550 saja.
Atau jika nak lebih murah, boleh hubungi saya, ada caranya tau, kena rajin hubungi saya ler.
Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila
sms/whatsapp ke : 010-9336935
Emel : wanrokiahwannor@gmail.com
Blog 2 : Stokis dan Produk DCL
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL
Sila buat
pembayaran ke
Akaun
Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank
Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Sila
sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh,
jumlah dan jenis bank)
melalui
SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat
tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti
Atau boleh
isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.
Jom
beriklan di sini : SOHO
Directory
Baca
terma iklan di sini : Syarat
pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party
Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan
fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp
ke : 010-9336935
Emel
: wanrokiahwannor@gmail.com
Facebook
: Wan
Rokiah
No comments:
Post a Comment