Biasalah barang baru mestilah mahu guna sehabisnya lah kan, kata produk canggih seharusnya lah kita gunapakai sehingga boleh. Tahu saja boleh guna untuk bakar bahulu, saya terus cari resepi mudah dan paling ringkas semata-mata nak mencuba, tetapi memang ternyata hasilnya sangat memuaskan.
Resepi Bahulu Mudah:
Bahan-bahan:
Telur 3 biji saiz A
Gandum 2 cawan
Gula setengah cawan
Esen Vanilla 1 sudu kecil
Cara-cara:
1-Pukul telur dan gula sehingga kembang, saya guna mixer saja dan yang tukang buat adalah anak sulung saya, dia memang suka. Letak terus esen vanila. Jika nak letak esen pisang pun ok juga.
2-setelah kembang, adunan menjadi putih dan pekat, saya masukkan gandum sedikit demi sedikit sehingga adunan jika diangkat dengan senduk dan dijatuhkan, elok jatuh adunannya.
3-Panaskan acuan dan sapu minyak pada acuan (saya tertinggal langkah ini), dan masukkan adunan ke dalam acuan.
4-Bakar selama 5 minit pada suhu 200 darjah Celcius. Cucuk adunan dengan lidi untuk periksa benar-benar masak ke tidak. jika tiada yang melekat pada lidi, maknanya dah masak.
Bahulu yang dibakar naik tinggi gebu |
Tapi melekat sebab tak sapu minyak dulu pada acuan |
Tengoklah hasilnya sangat gebu dan lembut |
Ini kali kedua bakar memang melekat habis |
Sekian dulu ya.
No comments:
Post a Comment