Sekarang ini mood untuk menulis dan berkongsi sangat ke laut. Jadi jarang-jarang saja kita muncul di sini ya.
Saya nak cerita peristiwa di dapur pagi tadi, maklumlah bersiap untuk bekalan anak-anak ke jamuan sekolah mereka di Pasti Al Hadi, jadi saya rancang masak pudding roti dan makaroni goreng.
Jadi kebiasaan yang saya gunakan untuk rebus makaroni menggunakan Noxxa hanyalah 5 Minit dengan fungsi HP, high pressure. Tetapi pagi tadi saya gunakan Noxxa untuk buat puding roti, maka saya terpaksa masak makaroni di atas dapur gas. Lebih kurang 20-25 minit digunakan untuk masak makaroni rebus, siap masak dan kembang dengan jaya. Jauh berbeza dari segi masa memasak menggunakan Noxxa Pressure Cooker dan dapur gas. Jimat masa berganda-ganda.
Makaroni Goreng siap dimasak |
Puding roti Simple Noxxa |
1 kejadian yang agak menakutkan berlaku kepada saya pagi tadi yang saya nak kongsikan di sini adalah masa tengah sibuk memasak, tetiba terdengar ketukan di tingkap cermin rumah saya berdekatan sinki. Ketukan sperti manusia, dalam hati saya memang fikirkan kucing sebab kucing selalu suka bermain-main dekat situ tetapi seawall 5 pagi tak akan kucing dah ada. Gerun dan berdebar-debar di dada. Ini adalah pertama kali berlaku kepada saya. Saya tak berani nak jenguk. Saya kejutkan suami yang sedang tidur dan minta dia jenguk ke luar pintu, suami saya bangun dan buka pintu dapur, berkejaran kucing dating ke pintu. Rupanya memang betul kucing, lapar minta nak makan rasanya.
Baiklah sambung balik cerita makaroni dan puding roti, saya buat untuk anak-anak saya yang ada jamuan di sekolah mereka sempena akhir tahun. Habis sesi persekolahan dah.
Saya selitkan gambar di sini untuk kenangan dan tatapan pada masa akan datang.
3 menu untuk mereka termasuk sosej rebus kesukaan anak-anak |
Dah masak di dalam periuk, tunggu suam-suam untuk dipotong |
Sekian dulu cerita saya. Nak cerita pasal rebus makaroni tetapi dah melalut hingga cerita-cerita lain sekali.
Jika anda nak tahu, saya ni penjual Noxxa pressure cooker, jika berminat nak beli, boleh dapatkan segera dengan saya ya.
Boleh hubungi saya 010-9336935 (untuk maklum balas yang cepat).
No comments:
Post a Comment