Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Friday, 5 January 2018

Aktifkan Blog

Assalamualaikum w.b.t,

Selain target nak hidup ringkas dan mudah, tahun 2018 ini saya nal aktifkan balik penulisan di blog dan jadikan ia tempat untuk berkongsi seperti tahun 2013 iaitu tahun di mana saya mula belajar dan bina blog.

Ya jika anda di luar sana yang berminat untuk ada blog, nak bina blog seperti ini, boleh cuba hubungi saya atau mana-mana cikgu kelas blog yang ada. Boleh gunakan untuk berkongsi apa saja atau fokus kepada bisnes.

Sebenarnya tujuan utama saya berblog adalah untuk berbisnes online. Alhamdulillah setakat ini ON walau lama atau jarang update blog. Dengan berkongsi cerita di entri, ia memudahkan pengguna produk hubungi kita dan buat belian. Jadi sangat penting untuk kita berkongsi produk jualan kita di entri entri terkini supaya apabila pengguna mencarinya, ia terus dapat berhubung dengan kita.

Kadang ada produk yang sudah tak dijual lagi pun masih ada yang mencari tetapi kita perlu tegas mengatakan sudah tak berniaga produk itu lagi. Untuk buang dan delete entei berkenaan mungkin tidak kerana di situ terletak kenangan kita.

Jumlah entri di blog ikut tahun
Boleh lihat trend saya menulis dan berkongsi entri di blog dari tahun 2014 semakin menurun. Ini merupakan salah 1 blog yang saya ada. Sebenarnya saya sendiri sudah ada 4 blog. 2 blog memang saya fokus pada produk jualan iaitu produk DCL dan 1 lagi produk Tupperware. 1 blog yang lai  adalah perkongsian mengenai panduan berniaga online dan offline.

Ok itu adalah azam tahun 2018 iaitu saya nak aktifkan balik blog. Tunggu saya akan muat naikkan produk jualan saya yang terkini.

No comments:

Post a Comment