Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Sunday, 14 January 2018

IMPIAN 2018

Assalamualaikum w.b.t,

Dah pertengahan bulan Januari dan masih terkapai-kapai lagi ke mana halatuju untuk kehidupan tahun ini
Kena paksa diri untuk buat dan adakan impian 2018. Dah ada lebih mudah untuk kita jenguk supaya sentiasa dalam trek dan tak lari jauh atau menyimpang dari landasan.

Baik kita baca dan hadam satu persatu impian saya untuk 2018.
Saya kongsikan di sini untuk mudah menilai semula dari semasa ke semasa dan pada akhir tahun nanti. Kita pantau bersama nanti. Dan saya juga berimpian untuk kongsikan pada orang yang rapat seperti rakan dan upline dalam bisnes supaya mereka bersama saya membantu untuk capai impian murni ini.

Antara impian yang saya ada buat masa ini ialah;
Dapat beli rumah paling lewat 2019,usaha dari 2018 (sekarang)
Simpanan sehingga awal 2019 adalah sebanyak 50K, konkrit.
Naik haji atau umrah sebelum cecah umur 40 tahun, dapat bawa mak sekali.
Dapat keuntungan bersih dari perniagaan sebanyak 1K sebulan paling kurang
Bantu orang lain upgrade taraf hidup, ada pendapatan sampingan sendiri walaupun surirumah sepenuh masa
Kekalkan berat badan ideal dan kesihatan optimum
Ibu yang terurus jadualnya dalam mendidik dan menjaga anak-anak
Isteri yang mendengar kata dan patuh pada suami
Solat di awal waktu dan banyakkan amalan sunat
Kurangkan aktiviti lalai dan melekakan (tidur yang lama, berborak perkara sia-sia)
Tidak boros dalam berbelanja, sentiasa fikir dulu keperluan
Sentiasa kemaskini barangan yang ada, buang yang tak perlu dan kekalkan yang mana perlu sahaja.
Banyak memberi dan bersedekah kepada kenalan rapat, adik beradik, saudara, jiran tetangga, rakan setempat kerja, guru kepada anak-anak. (Setiap Jumaat, mesti pantau sendiri.

Sekian dulu

No comments:

Post a Comment