Kebetulan minggu lepas adalah minggu pertama persekolahan dan anak mengadu yang beg sekolah agamanya sudah koyak pada bahagian bahu dan belah dalam. Jadi sebenarnya memang mama berniat dah nak beli beg satu lagi yang warna merah untuk 'standby' pada adik yang akan naik darjah 1 pada tahun depan, biasalah kalau beli awal, tak rugi. Takut bila beli lambat, harga akan naik maklumlah ekonomi Malaysia sekarang bagaimana dan duit kita makin rendah nilainya daripada matawang dunia. Bila-bila masa barang yang dari luar, akan berubah harga.
Jadi masih bersisa cuti pantang, saya memang plan nak ke GM Klang dan singgah di shop Amway yang berdekatan sangat dengan GM itu. Maka termakbullah niat nak beli beg baru untuk anak.
Seperti yang anda nampak saya pernah cerita kebaikan beg dan kelebihannya di blog ini dan di FB saya, ia sangat patut dimiliki oleh anak-anak kita. Buatlah pilihan yang bijak untuk pilih yang terbaik demi anak-anak kita.
Dah gantikan beg baru untuk sekolah agama |
Nampak koyak pada bahu |
Sebelah dalam juga dah koyak, jadi memang patut ganti baru |
Apa yang menjadi target saya adalah, anak-anak dapat guna sehingga mereka tamat sesi persekolahan, paling kurang 5 hingga 6 tahun. Nak lebih baik, dari darjah 1 hingga tingkatan 5 guna beg yang sama, in shaa Allah. Dah beli beg mahal dengan taraf kualiti yang sangat elok, maka penjagaan rapi haruslak dipantau dengan elok . Semoga anasir-anasir seperti pisau atau gunting atau api tidak menyebabkan beg ini rosak. kalau sekadar guna untuk ke sekolah dengan isi buku-buku tidak akan menjadi masalah.
Jadi setiap tahun tak kalut kita sebagai ibu bapa nak ke kedai bersesak dengan orang ramai semaa-mata nak beli beg baru setiap tahun pada anak. Anak kita, kita harus didik dari awal. Semoga anak-anak mama istiqomah dan ambil berat akan jasa mama ini. Tiada lain mama minta selain mereka hargai dan gunakan ia ke arah kebaikan saja.
Sekian dulu catatan saya. Jika anda ibu-bapa yang sedang mencari beg yang terbaik seperti ini, jangan gusar dan buatlah pilihan tepat sengan beli beg ini, jangan lupa untuk hubungi saya dan dapatkannya ya. Kos penghantaran percuma sahaja.
No comments:
Post a Comment