Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Tuesday, 8 April 2014

Catuan Air Di Bandar Baru Bangi

Assalamualaikum w.b.t,

Sejak catuan air atau ketiadaan air bermula April 2014, di bandar baru bangi di mana tempat saya tinggal dan tempat saya bekerja sama berada di Zon 3 yang dikategorikan oleh SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor) barulah benar-benar terasa sangat membebankan.

Biarpun baru bermula catuan air untuk kali pertama sejak 6 April lalu, ketiadaan air sangat dirasai terutama di tempat saya menghantar anak-anak ke TASKA dan PASTI. Ibu bapa dikehendaki membawa air masak untuk minum dan air mentah untuk kegunaan mandi dan basuh berak kencing anak-anak yang dihantar ke sini.

Biarpun di rumah saya memang ada disediakan tangki dan sangat mencukupi untuk kegunaan kami 4 beranak yang tinggal serumah selama catuan air tersebut tetapi disebabkan sudah terbiasa dengan adanya air dan setiap kerja mencuci tidak terbatas maka dengan ketiadaan air ini menyebabkan aktiviti mencuci terutama di bahagian dapur sangat terhad.

Imej google: Keadaan sinki dapur semasa ketiadaan air


Keadaan jiran di sebelah lagi menyedihkan kerana sekejap saja tidak sampai pun 1 hari ketiadaan air, tangki di rumahnya habis. Terpaksa menadah air hujan dan Alhamdulillah nasib baik ada hujan turun, boleh lah tadah air dan boleh digunakan untuk aktivti harian walaupun air hujan zaman sekarang belum tentu selamat digunakan kerana banyak toksin dan lain-lain bahan tercemar yang tidak diketahui.

Jadi misi saya hari ini walaupun yakin air yang sudah disimpan dan bergantung kepada air tangki di rumah sudah cukup untuk hadapi krisis catuan air di tempat saya namun kita tidak boleh mengambil risiko, baik simpan berlebih dari mencari-cari dan tidak cukup.

Sekian dulu, banyak kerja lain yang nak diselesaikan.



Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah




No comments:

Post a Comment