Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Monday, 12 May 2014

Kenny Rogers Hargai Diri dan Keluarga

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah baru sempat nak kongsikan cerita ini biarpun setelah sebulan sudah berlalu. Al kisahnya saya ambil cuti separuh hari kerana ke klinik kesihatan untuk check up pertama kali untuk bayi yang ketiga. Habis saja checkup saya ambil anak dari taska, anak sulung saja, yang adiknya biar di taska dulu jika bawa dia memang kami tak boleh makan nanti kerana nak melekat saja dan buat macam-macam hal. Kebetulan suami juga balik awal dari kerja dan kami pergi bersama.

Kami ke Kenny Rogers di Bangi gateway dalam jam 4 petang lebih macam itu dan kerna sebenarnya saya ada voucher yang beharga RM50 yang dibeli dari Mydeal dengan harga hanya RM32.50. Jadi kira sangat murah lah. Jom layan gambar dulu.

Gambar si suami saya sabar menunggu hidangan sampa. saya punya chocolicius sudah ada dan telah diminum, rasanya seakan meal shake shaklee saja cuma ini bewarna coklat sikit. Yang menarik dan lainnya di sini adalah kita disediakan straw minuman yang lubangnya bersaiz kecil, diminum suam-suam gitu memang sangat sedap lah.
Ini rupa tuan punya blog yang macam keletihan, belum makan tengahari lagi, eh ada makan sikit sebelum pergi check up tu.

Bila makanan dah sampai, tunggu apa lagi, makan sajalah.

Bawa anak sulung yang sangat suka makan nasi berperisa, kat sini ada nasi beraroma, pertama kali cuba memang sangat sedap, makan nasi saja pun dah boleh kenyang.


Wah ayam-ayam dah digolek dan sudah masak sedang dipotong oleh pekerja-pekerja Kenny Rogers.


saya suka makanan di sini dan suasana dalam cafe juga sangat tenang, kebetulan memang tak ramai orang dan kami tidak bersesak sangat, boleh lah sekali sekala nak menghargai diri sendiri dan keluarag yang tercinta untuk makan di sini. 
tak boleh selalu kerana harga di luar kemampuan, sangat mahal. hehe

layan gambar-gambar di atas, dah siap makan tiba masa untuk membayar, rupanya voucher yang dibawa tak valid dan perlu tunggu voucher yang betul-betul valid yang akan dihantar ke alamat yang diberi. Jadi kena keluarkan duit sendiri dulu dalam RM60 ringgit lebih jika tak silap. Ke dalam RM70 macam itulah.

Esok pergi kerja macam biasa dan ada kawan ofis datang bagi voucher yang baru sampai pagi semalam, dia tak sempat nak bagi kerana saya balik kerja awal sebab ambil cuti separuh hari, waaa nangis, awal beberapa jam saja. jika tidak tak perlu lah saya guna wang tunai untuk bayar belanja makan semalam.

Penyelesainya, saya jual voucher tersebut pada rakan yang lain yang nak beli dengan harga rm32.50. Tak apa lah.

ok di sini dulu coretan kali ini,
saya nak melayan si kecil yang dah bangun tidur, macam biasa untuk anda

Sila hubungi saya seperti di bawah bagi anda yang ingin membeli sebarang produk jualan saya,
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935

Facebook : Wan Rokiah

No comments:

Post a Comment