Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Saturday, 31 May 2014

Sakit Mata

Assalamualaikum w.b.t

Kisah pada cuti minggu lepas dan hampir seminggu lah
Satu rumah dah dijangkiti virus sakit mata
Paling sakit dan senak masa sujud solat
Ya Allah sakit itu penghapus dosa
Bersabar sajalah dan cari cara untuk merawatnya.


Apabila Allah sayangkan hambanya, Dia akan turunkan ujian untuk hambanya supaya lebih mengingati dan mendekatkjan diri kepada penciptanya.

Gambar di bawah adalah gambar anak kecil saya yang telah pun dijangkiti konjunktivitis atau sakit mata. Punca awal dia lah pembawa ke dalam keluarga kami dan berjangkit satu rumah. Asalnya datang dari Taska.

Ini pula gambar ubatan sebagai bekalan yang dibeli dari Farmasi untuk merawat sakit mata ini. Masing-masing malas nak ke klinik berjumoa dengan Doktor, jadi si suami  beli ubat titik Nicol di Farmasi. Saya pula beli ubat titik Dextracin dan ahli farmasi sarankan saya ubat antibiotik jenis sapu, dalam gambar, ubat dalam tiub di tengah tu.

Ubat antibiotik tu pakai sekali dua sahaja dan tak pakai dah sebab dia kena sapu dalam mata, dah la mahal ubat itu dalam RM20 sedangkan ubat titik murah saja RM4-RM5.


Bukan mahal murah yang jadi ukuran, bila sakit memang setiap kita pasti akan cari penawar dan ubatnya. Di saat saya menulis entri ini, mata saya sudah hampir pulih sepenuhnya.
Syukur Alhamdulillah.