Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Wednesday, 28 May 2014

Saya Sangat Marah!!!

Assalamualaikum w.b.t,

Yer pandang saja tajuk entri di atas nampak sangat saya sedang beremosi. Sebenarnya minggu lepas emosi saya menjadi sangat marah apabila anda semua pengomen yang tak berbayar telah mencemarkan tanah saya ini (blog saya la) di entri Fenomena Terkini Oat Choco.

Imej pinjam dari Google


Saya akui yang saya ini masih baru dalam dunia blogger dan agak kurang mahir dan kena pula saya ada masa yang sangat terhad untuk berlama-lama di sini, sekali Allah nak tunjuk kebenaran pada saya, Allah bukakan hijab yang selama ini tertutup oleh pandangan mata saya.

Syukur saya telah namapk segala-gala permainan anda yang sembarangan komen di tanah ini sedangkan tuan tanah tidak mengetahuinya. Sekarang ambil, saya telah ambil tindakan tegas, sebenarnya belum tegas lagi namun memandangkan saya ini tidak punya masa yang banyak dan malas untuk mabil pusing kan nanti kepala saya pula yang bertambah pusing dan runsing. Baik saya ambil jalan tengah dan selamatkan tanah ini dari dicemari oleh anda.

Ya semua rekod anda yang telah komen di tanah saya ini ada disimpan dalam peti kemas, biarlah di situ dahulu. Langkah yang paling terbaik untuk masa ini adalah hilangkan semua komen tak berbayar anda di sini.

Nasihat saya, wahai peniaga-peniaga jangan mengambil kesempatan di atas kelemahan orang lain. Jangan iklan sembarangan di tapak atau tanah orang sebelum minta kebenaran.

Itu sahaja coretan saya kali ini yang berupa sedikit nasihat untuk anda yang telah berbuat salah. Diharapkan anda jangan mengulanginya di mana-mana blog lain. Saya takut-takut jika mereka menghantar laporan ke pihak atasan, anda yang kena dan mungkin langsung tak boleh berada atau muncul di dunia maya lagi.


Berniaga lah dengan jujur dan ikhlas, jangan mencari keuntungan di atas kekurangan orang lain.
Rezeki Allah ada di mana sahaja, janji berusaha saja.