Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Wednesday, 19 February 2014

Selebriti?

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah

Hari ini rasa tahap keyakinan sangat tinggi selepas dua hari lepas rasa semangat mula hilang. Hari ini seperti disuntik pula, bermula dari pagi hari menerima satu pesanan ringkas seorang pelanggan yang telah membeli 2 pasang stokin ajaib dengan saya, ingin ulang beli dengan belian 6 pasang stokin pula. Masya Allah besar nya kuasa Mu, ya Allah.

Sebenarnya, saya jujur di sini ya, dalam minggu ini memang saya sudah malas untuk bangun malam bertahajud dan solat hajat. Tidak tahu mengapa perasaan mengantuk tidak dapat dilawan. Dan juga siang nya saya tidak sempat untuk Dhuha, tangguh tangguh, tengok dah terlepas waktu Dhuha. Rasa sangat menyesal dan tidak akan ulangi perkara ini.

Baik, berbalik kepada tajuk di atas, selebriti? Ramai yang nak jadi selebriti dan ramai yang tidak mahu.
Bila dah rasa terlebih yakin, rasa macam nak jadi selebriti pula. Haha, ada peluang ke? Nak jadi orang yang selalu masuk tv, bagi ucapan, ceramah dan kata-kata motivasi. Ini semua gara-gara selepas saya menghadiri satu kursus latihan untuk pelatih.

Sesuai untuk orang yang sentiasa bercakap di depan khalayak ramai. Dan sesuai untuk kerja yang saya lakukan sekarang walau saya adalah bukan orang yang utama untuk mengajar, hanya diperlukan untuk masa tertentu sahaja.

 
Semasa sesi latihan tersebut yang memakan masa selama dua hari, 16 jam lebih kurang tolak waktu rehat makan dan solat, kami peserta diberi pelbagai tugasan. Ada yang berkumpulan dan secara individu.

Yang menarik adalah aktiviti individu, kami diberi tajuk bebas dan dibenarkan bercakap di depan semua orang termasuk Prof yang mengajar dengan gaya yang telah diajar pada hari sebelum nya.
Saya adalah orang terakhir sekali yang berucap atau mempersembahkan kepada semua orang.

Saya memilih untuk menceritakan mengenai Tune Talk, ini yang sedang ligat dalam kepala saya. Dua dalam satu, sambil berucap untuk belajar, sekali mempromosikan produk Tune Talk, mana tahu mereka terbuka pintu hati setelah mendengar kebaikan dan cerita yang saya kongsikan bersama mereka.

Ada rakan kerja yang lain bercerita mengenai keselamatan jalan raya, aktiviti memasak, aktiviti permotoran, pengalaman takut untuk membawa kereta dan mengatasi perasaan takut itu. Bermacam cerita, itu antara yang saya ingat.

Yang menariknya, selepas saya berucap atau bercakap di depan itu, dan akhiri percakapan saya. Prof tersebut tanyakan kepada saya, memang selalu bercakap di khalayak ramai ke? Sebab masa yang diberikan 5 minit, digunakan sehabisnya. Cukup-cukup masa saya berhenti.

Memang lah pernah bercakap depan pekerja di tempat kerja tetapi tak selalu dan biasanya bercakap tanpa set masa pun.

Hari ini yang tertarik dan jadi lebih bersemangat adalah apabila dapat maklum balas dari pelatih iaitu Prof yang mengajar kami tentang prestasi kami semasa sesi latihan.

 Baru kena puji sikit dan naik melambung sehingga ke langit, inilah namanya suntikan melalui pujian, terlebih yakin pula sehingga terfikir hingga nak jadi selebriti. Pelatih selebriti, teringin wei, mana tahu ada rezeki di masa akan datang dan peluang sudah terbuka. Boleh lah kan.



Tetapi  memang setiap kali ke mana-mana Kursus Latihan di luar dari tempat kerja, saya punya semangat lain sedikit, ia menjadi pemangkin untuk lebih berkerja dengan bersungguh-sungguh.

Setakat ini dulu celoteh panjang di hari ini yang bercampur baur.

Bagi anda  yang ingin membeli sebarang produk jualan saya, boleh hubungi saya, Jangan malu dan segan, sila klik ke blog saya yang lain.

Minta jasa baik kalian pembaca semua untuk like fan pages facebook saya. Terima kasih.




Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah


No comments:

Post a Comment