Jom saya nak kongsikan mengenai makan ikan bakar yang berdekatan dengan kawasan rumah tempat saya tinggal dan juga berdekatan dengan tempat kerja saya. Ye lah, berada di satu daerah yang sama, memang sangat dekat lah. Itu dia namanya Restoran Ikan Bakar Ana Petai, lebih kurang macam itu lah diterbalikkan nama kedainya pun janji masih membawa mesej yang sama.
Ini merupakan kali kedua saya menjejakkan kaki ke tempat makan ini tetapi kali pertama mencuba ikan bakar petai nya yang sebelum ini tak terfikir oleh akal bagaimana rupa dan rasanya.
Sebenarnya makan kali ini tidak bersama keluarga tetapi dengan rakan-rakan sekerja sahaja sempena meraikan penghargaan kami daripada bos kesayangan kami yang sangat pemurah dan dermawan. Tarikhnya adalah 14 Feb 2014, tidak ada kena mengena dengan Hari Valentine ya, lagipun kita umat Islam dilarang keras untuk mengingati, meraikan dan menyambut Hari ini.
Tak perlu bercerita panjang, jom kita lihat gambar-gambar makanan yang membuatkan hati anda ingin datang dan merasa sendiri kesedapan ikan bakar yang dimasak dengan petai. Baunya mestilah bau petai.
Anatar makanan lain yang kami pesan adalah, Tomyam campur, ketam masak merah jika tidak silap, sotong celup tepung, Ikan siakap 3 rasa (mana tau ada yang tidak boleh makan petai), telur dadar dan sayur kailam. Air nya pula kami pilih Air tembikai. Dan ada yang antara kami memesan air teh ais dan lain-lain.
Yang istimewanya, semasa sampai ke sini lebih kurang jam 7 petang, ada dihidangkan otak-otak yang seperti di negeri pantai timur. Jika anda perasan, ada dalam gambar di bawah ini ialah, otak-otak, ikan siakap 3 rasa dan sotong goreng celup tepung.
Gambar di bawah ini pula yang mana sempat di snap adalah ikan pari bakar yang masih segar dan panas dalam bungkusan daun pisang, telur dadar (agak tersorok) dan Ketam yang dimasak merah.
Ini saya kongsikan menu ikan beserta harnya yang dipaparkan di papan tanda, manakala di bawahnya, ada ikan segar yang ditunggu untuk dipili oleh pelanggan kedai, kemudian ditimbang untuk mengetahui berat ikan dan harganya.
Gamabr diambil dari jarak jauh tidak berapa jelas, jika nak nampak jelas, boleh datang sendiri ke kedai ini, tengok dan pilih ikan yang sangat segar.
Gambar ikan pari yang telah dibuka daunnya oleh saya, kerana tidak sabar untuk melihat ikan bakar petai. Ikan agak besa, mesti harganya lumayan juga.
Ok, kos kasar semasa sesi tempahan untuk makan semua menu di atas untuk lebih kurang 21 orang adalah mencecah RM900. Semoga Rezeki bos kami dimurahkan dan sudi untuk belanja kami makan lagi di lain kali.
Nantikan entri kedua dan ketiga saya mengenai Restoran Ana Bakar Petai. kerana esoknya 15hb Feb 2014, saya datang lagi ke kedai ini untuk makan Ikan Pari Bakar petai, kali ini dengan suami dan anak-anak.
Ok, sehingga berjumpa lagi. Salam ceria dan gembira dari saya untuk semua pembaca. Sudi-sudilah kiranya ke blog saya yang lain dan tinggalkan jejak anda dengan komen di ruangan bawah blog ini.
Seperti biasa, bagi anda yang ingin memebeli produk jualan saya, sila hubungi saya
Sila
sms/whatsapp ke : 010-9336935
Emel : wanrokiahwannor@gmail.com
Blog 2 : Stokis dan Produk DCL
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL
Sila buat
pembayaran ke
Akaun
Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank
Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Sila
sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh,
jumlah dan jenis bank)
melalui
SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat
tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti
Atau boleh
isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.
Jom
beriklan di sini : SOHO
Directory
Baca
terma iklan di sini : Syarat
pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party
Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan
fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp
ke : 010-9336935
Emel
: wanrokiahwannor@gmail.com
Facebook
: Wan
Rokiah
No comments:
Post a Comment