Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Friday, 14 February 2014

Keropok Lekor dari Kampung

Assalamualaikum w.b.t,

Biasalah, cerita masih berkisar tentang kampung, maklum lah baru saja pulang dari kampung, banyak cerita yang nak dikongsikan. Kali ini cerita mengenai keropok lekor pula.

Sebelum pulang bercuti sempena cuti Raya Cina, saya sempat mengambil pesanan dari kawan-kawan sekitar yang nak mengirim beli keropok lekor asli dari Kelantan yang mana isinya penuh dengan isi ikan dan sangat sedap.

Tengok saja gambar yang saya letak di sini, nampak sangat lembut keropok nya, segar kerana baru dibuat. Untuk makluman anda, setiap hari kilang keropok ini beroperasi untuk membekalkan keropok lekor atau lebih dikenali dengan nama kepok toko oleh kami dan penduduk setempat.

Kali ini banyak yang saya beli kerana sebagai bekalan untuk kawan-kawan yang dah kirim itu dan ada yang nak dijadikan bekalan untuk jual balik. Jadi persiapan awal saya ialah pergi menempah terlebih dahulu untuk mengelakkan perasaan hampa jika stok keropok kehabisan.

Walaupun kilang ini beroperasi setiap hari dan banyak kali masak keropok nya, namun kena ambil langkah berjaga-jaga kerana pernah terjadi di musim orang bercuti lama dan panjang begini, ramai yang datang membeli bukan sahaja penduduk stempat tetapi pelancong dari luar. Maka sudah tempah siap-siap.

Tapi nak dijadikan cerita, plan asal dan awal saya dan keluarga bertukar bila mana perancangan awal untuk balik dipercepatkan sehari sedangkan dah tempah pada hari sebelumnya tarikh lain.
Lebih malang bila pergi ambil awal dari tempahan, keropok sudah licin tiada stok.

Tetapi nasib baik, masih ada sinar harapan yang mana sepupu saya yang sekampung akan bertolak balik ke Bangi juga esoknya sama seperti tarikh tempahan yang awal. Maka kena susahkan dia untuk membawa keropok yang saya sudah tempah, balik ke Bangi.

Ini gambar keropok lekor yang saya sudah siap goreng. Dicicah dengan sos pencicah dari Kuala Terengganu.



Sekian dulu, bagi anda yang berminat nak tempah juga dan tinggal sekitar Bandar Baru Bangi, Putrajaya dan Kajang, boleh lah hubungi saya untuk ini.

Jika berminat untuk membeli sebarang produk jualan saya atau apa saja yang berkenaan blog ini, sila hubungi saya



Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

No comments:

Post a Comment