Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Monday, 10 February 2014

Kad Atm Maybank yang baru

Assalamualaikum w.b.t,

Rupanya masih ramai yang belum tahu perlu tukar kad atm maybank dalam kadar yang segera sebelum tarikh luput yang telah dinyatakan di kad masing-masing. Sebenarnya saya sudah tahu dari tahun 2013 dan pernah beberapa kali untuk menukar kad kepada yang baru, namun ada saja masalah yang berlaku di kaunter maybank. Terutamanya orang yang jaga kaunter kata "lama ni dik, ramai yang sedang nak tukar kad." Maka niat asal terus tak jadi.

Maka hari ini 10 Feb 2014 saya nekad nak tukar juga kad atm saya kerana tarikh luput nya sudah pun  melepasi. Patutnya kad saya sudah tidak boleh digunakan namun elok dan masih aktif lagi.Saya pun tidak tahu kenapa boleh berlaku, namun syukur lah tiada masalah yang dihadapi.




Awal jam 11.00 pagi saya sudah ke maybank, tetapi nombor gliran yang diambil tidak lah ramai, hanya beza 21 orang sahaja. Tetapi menunggu nya punyalah lama, hampir 2 jam, kaunter untuk urusan ini hanya dibuka 2 kaunter saja. setiap giliran memakan masa hampir 10 minit seorang malah ada yang lebih bergantung kepada urusan yang mereka buat, kerana bukan semua datang untuk menukar kad yang baru walaupun majoritinya begitu. Ada yang nak buka akun baru, ada yang kehilangan kad.

Masa-masa getir hampir 2 jam menunggu, kaunter ditutup 1, kerana keluar rehat, jam dah 12 lebih. Tinggal lah satu kaunter saja, saya berdoa dengan sepenuh hati moga lepaslah giliran saya. Hanya 3 nombor saja lagi.

Akhirnya tiba lah giliran saya, sekejap saja sudah siap, dalam 5 minit sahaja mungkin kerana saya tidak banyak menyoal dan sudah sedia kad pengenalan dan kad atm yang lama untuk ditukarkan, tidak terhegeh-hegeh lagi mencari dan membuang masa ramai orang.


Ok, relevannya di sini, saya tidak nampak apa kebaikan pihak maybank mengeluarkan arahan supaya semua kad atm ditukar, Bagi saya ia membuang masa pengguna bank saja.

Dah siap kad atm saya yang baru, lepas siapkan urusan menukar pin nombor di mesin atm, maka saya selesaikan urusan hari ini iaitu menukar kad bank yang baru.


Sekian saja catatan saya pada hari ini,
sekadar untuk rekod dan kenangan di masa akan datang,

Bagi anda yang nak membeli sebarang produk jualan saya, silakan hubungi saya:


Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

No comments:

Post a Comment