Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Friday, 7 February 2014

Resepi Sup Makaroni yang Ringkas dan Sedap



Assalamualaikum w.b.t,

Hari ini saya teringin nak berkongsi resepi yang sangat ringkas, terutama boleh dimasak untuk anak-anak anda yang masih kecil.  Memang selalu buat untuk makanan anak-anak dan mama nya makan sekali.

Tetapi hari ini masak lagi kerana atas permintaan anak sulung yang berumur 4 tahun. Dia ternampak saja makaroni yang berada dalam bekas di atas peti, terus minta masakkan untuk dia padahal plan asal, saya tidak mahu memasak untuk hari ini kerana balik ke rumah agak lewat dari kebiasaan.

Jam 6.30 baru sampai rumah dan ambil mereka dari Pusat Asuhan. Lagipun memang kepenatan ditambah dengan nak menjaga dua budak lelaki, anak saya yang sedang sangat lasak. Yang si adik lagi makin menjadi nakal dan tak boleh duduk diam nya. Kadang nak melekat 24 jam dengan kita pun ada. Jadi agak rumit untuk membuat kerja rumah jika ada mereka. Si suami juga pulang lewat hari ini.

Nak tak nak, dalam tak nak masak tu, akhirnya masaklah juga sup makaroni yang sangat ringkas. Sangat Ok lah kan untuk hirupan kuah yang banyak bawang putih. memang anak sulung suka sangat meratah bawang putig yang dihiris halus dalam kuah. jadi kali ini letak banayk bawang putih. Bukan apa, bawang putih pun sangat elok untuk antibodi bagi menggelakkan terkena selsema.

Terus kepada bahan-bahan untuk sup makaroni
Bawang putih yang dihiris halus
Bawang merah sedikit, jika tak letak pun tak apa
Sayur seperti lobak merah, bunga kubis dan lain-lain yang suka
Sedikit kiub knorr Atau Maggie sebagai perasa
Sedikit garam
Makaroni yang direbus terlebih dulu
Isi ayam, untuk variasikan lauk

Cara-cara
1)Tumiskan bawang putih di dalam minyak yang sedikit, biar naik bau.
2) Masukkan air dan isi ayam dengan sedikit garam, boleh campur kiub sekali.
3) Boleh masukkan sayur-sayur yang keras dulu. Baru masukkan sayur yang lembut.
4) Bila dah mendidih, boleh matikan api, masukkan makaroni yang dah direbus tadi.
5) Masukkan ke dalam mangkuk dan sedia untuk dihidang.

Sangat mudah dan cepat saja bukan?

Memang sangat sesuai untuk ibu bekerja seperti saya yang sangat kesuntukan masa untuk masak sendiri di rumah bagi keluarga makan.

Sekian entri ringkas dari saya yang tiada gambar kali ini.

Seperti biasa jika ada sebarang pertanyaan atau ingi membeli produk dari saya, boleh hubungi saya terus,



Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah


1 comment:

  1. http://stayreward.com/index.php?share=60463

    ReplyDelete