Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Tuesday, 22 March 2016

NIAT Harus Betul :Selain FOKUS

Assalamualakium w.b.t,


Saya nak kongsikan sedikit ilmu yang saya baru saja dapat sebelum saya melelapkan mata pada malam ini, semoga ILMU yang saya dapat, dapat dipanjang-panjangkan dan memberi manfaat untuk semua yang membacanya.

Apa saja yang kita lakukan, haruslah dengan NIAT yang betul
Sentiasa periksa NIAT kita di awal perbuatan, di tengah dan juga di akhirnya
Jangan biarkan ia terpesong oleh apa saja anasir
Sama seperti dalam solat, sentiasa cek niat kita, adakah sama seperti di awal niat solat tersebut.
Sama-sama muhasabah diri

Apa yang saya nak katakan lebih lanjut adalah setiap perbuatan atau amalan kita.
Sama Ada bekerja, sentiasa perbetulkan niat, niat harus betul. Kerana apa kita bekerja.
Sama juga seperti kita berniaga, niat harus betul, kenapa kita berniaga? Apa sebab sebenarnya.

Kerana apa? Kerana apabila niat telah betul dan sentiasa diperbetulkan, ia akan memudahkan kita untuk betulkan perbuatan kita serta amalan-amalan yang merupakan usaha untuk kita mencapai kejayaan.

Contohnya jika kita bekerja semata-mata untuk mendapatkan duit gaji setiap hujung bulan, walaupun ia betul dan tiada salahnya tetapi lebih elok jika niat kita bekerja adalah kerana Allah S.W.T. Itulah untung dan beruntungnya kita orang islam, niat kerana Allah, kita telah pun mendapat pahala.

Sama jua apabila berniaga, niat kerana Allah, niat untuk mudahkan orang berdekatan kita untuk memperolehi barangan yang diperlukan, ia juga menjdai jambatan kita untuk pahala Allah. Walaupun dengan beribadat pun kita mendapat pahala, tetapi jika kita berniaga dan memenuhi tuntutan yang masyarakat perlukan, ia juga lebih bermakna dari kita hanya duduk dan beribadat saja.

Sedikit perkongsian pendek dari saya.

Apa saja yang kita lakukan, haruslah dengan NIAT yang betul
Sentiasa periksa NIAT kita di awal perbuatan, di tengah dan juga di akhirnya
Jangan biarkan ia terpesong oleh apa saja anasir
Sama seperti dalam solat, sentiasa cek niat kita, adakah sama seperti di awal niat solat tersebut.
Sama-sama muhasabah diri





No comments:

Post a Comment