Alhamdulillah masih dihidupkan dan masih dapat berkongsi di blog yang dah suam-suam kuku , entri tak berapa nak ada, harapnya di tahun 2017 semakin rajin kemaskini blog dan makin banyak perkongsian untuk pembaca sekalian.
Kali ini saya nak berkongsi resepi baru yang saya cuba masak sendiri.
Sedap rupanya udang yang stim atau kata lainnya rebus dengan
bawang-bawangan. Saya termakan pada makanan yang dibeli dari rakan sepejabat
yang suaminya masak. Sangat sedap dan masuk dengan tekak saya. Saya korek
resepinya dari rakan tersebut tapi dapat luarnya sahaja iaitu bawang besar dan bawang putih dikisar,
sebab katanya dia pun intai dari jauh, suami masak cepat sangat tanpa sempat
tengok dari awal hingga akhir.
Jadi saya rasa saya cuba buat sendiri kebetulan beli udang
agak murah di Pasaraya HM, tempat kesukaan saya beli barangan dapur sekarang
ini. RM5 saja dapat udang saiz sederhana dalam 20 ekor. Masa beli wajib kira
tapi lupa sebab anak-anak pun ada pilih juga 2 ekor udang sekali masuk dalam
plastik.
Udang yang dah siap perap dengan rempahnya |
Masuk dalam kuali yang diletak sedikit air terlebih dulu |
Tutup periuk/kuali dan masak sehingga udang masak |
Inilah rupan udang berempah yang dah siap masak |
Bahan-bahan;
Bawang besar
Bawang putih
Sedikit halia
Garam
Udang (bahan utama)
Cara-caranya:
Kupas kulit udang kasi habis, Kemudian basuh bersih-bersih.
Tumbuk bawang putih, halia dan bawang besar dengan garam
Gaulkan bahan tumbuk tadi dengan udang dan perap seketika
Sediakan kuali kecil yang ada air dan masukkan udang
bersalut bawang tadi
Stimkan sekejap sehingga udang masak.
Sangat sedap dimakan ratah begitu saja atau makan dengan
nasi @ pasta.
Sekian dulu resepi ringkas dari saya, entri ini saya dah taip siap-siap dulu dan kemudian baru di publishkan, maklum lah sekejap-sekejap curi masa untuk siapkan 1 entri. Nak siapkan sekaligus tiada idea dan tiada masa yang mencukupi.
Semoga semua gembira dan dapat mencuba resepi ini.
Sekian dulu resepi ringkas dari saya, entri ini saya dah taip siap-siap dulu dan kemudian baru di publishkan, maklum lah sekejap-sekejap curi masa untuk siapkan 1 entri. Nak siapkan sekaligus tiada idea dan tiada masa yang mencukupi.
Semoga semua gembira dan dapat mencuba resepi ini.
No comments:
Post a Comment