Assalamualaikum dan salam kasih sayang di tahun 2017,
Ya saya mulakan tahun baru dengan tiada atau kurangnya semangat, tidak pernah tahu ke mana menghilang semangat dan kerajinan yang berkobar-kobar sbelum ini. Apa yang perlu dibuat adalah ambil masa dan bertenang. Rehatkan minda dan layan saja mood yang tengah benar-benar tiada semangat.
Biasalah mungkin sesuatu yang baru akan hadir dalam hidup dan sesuatu perubahan yang besar sedang berlaku, maka siapalah kita untuk menolak kuasa dan takdir yang bakal berlaku.
Sepatutnya apa yang harus kita lakukan jika semangat menurun?
*Kaji semula apa punca
*Cari sebab yang utama dan sampingannya
*Rancang dan cari jalan keluar
*Jumpa rakan-rakan yang bermotivasi tinggi
*Jumpa kawan-kawan lama
*Baca balik apa tujuan dan objektif hidup kita
Mungkin cara di atas adalah sebahagian sahaja yang dapat bantu naikkan semangat kita iaitu saya sendiri.
Rujuk dan pandang balik apa yang dah berlaku sepanjang tahun 2016, apa yang ditinggalkan dan apa yang perlu diperbaiki.
Jika memang tak dapat diselamatkan maka tinggalkan saja dan mulakan yang baru walaupun yang baru tak semudah yang lama.
Sekian dulu catatan di tahun baru, semoga semangat baru akan datang berkobar-kobar ke dalam diri.
Kadang-kala kita perlu bagi masa pada diri sendiri untuk menyendiri mencari diri.
No comments:
Post a Comment