Assalamualaikum dan selamat pagi wahai pembaca blogku
Dan untuk pengetahuan, Ammar memang selalu juga demam boleh
dikatakan setiap bulan. Dan sekarang pun badannya tidak berapa sihat, panas
dahinya dan dia mengadu sakit tekak, bila ditengok dalam tekak tak merah pula
seperti biasa tonsil.
Setiap pagi juga perlu mandikan dia dengan air suam. Sebenarnya
sebagai langkah memujuk juga.Minggu kedua persekolahan sah Ammar cuti lagi, demam badannya panas dan mula batuk-batuk. Merengek tak nak ke sekolah dan minta mama cuti untuk menjaga dia di rumah. Tak nak duk bersama abahnya. Padahal jika diikutkan badan dah tak demam dan panas setelah makan ubat demam dan batuk. Ber'galok' dapat duk rumah. Satu kebahagiaan bagi dia jika cuti dari sekolah
Kadangkala kita terpaksa berkorban kerja demi anak walaupun sudah merancang untuk menjaga kedatangan tahun ini 2017, serik dengan 2016 yang cuti selama 5 hari. Walaupun jika diikutkan tahun 2017 adalah tahun saya bersama anak-anak di rumah, urus rumahtangga dan hal sekolah anak sahaja. Tetapi nampaknya rezeki belum memihak pada saya.
Jadi berbalik cerita pada Ammar Husaini di Pasti Al hadi, balik dari sekolah minggu lepas katanya ada kawan buat dia, sepak dengan kaki tapi dia lawan balik katanya. Tanya adakah budak yang selalu kacau dia, katanya tak, budak selalu tu baik baik sahaja hari ini. Budak baru yang lain pula. Biasalah cerita budak-budak, kita dengar dan layan saja kerenah mereka. Sebab jika apa yang guru mereka bagitahu Ammar ni di sekolah senyap sahaja, tak bercakap pun.
Dulu masa abang ada, selalu lah juga nampak dia bergurau dengan abang. Sekarang abang dah tiada, dia termenung saja, cikgu-cikgu yang dah faham biarkan saja dulu dia melayan perasaan.
Sekian dulu cerita si Ammar di Pasti Al Hadi.
No comments:
Post a Comment