Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Monday, 9 January 2017

Bekal Sekolah Anak

Assalamualaikum w.b.t,

Dah beberapa hari sesi persekolahan bermula dan alhamdulillah saya sempat bekalkan anak saya Makanan yang dimasak sendiri di rumah. Dan gembira juga kerana anak saya makan makanan yang dibekalkan. Duit belanja RM3 yang suami saya beri langsung tak digunakan.

Dua hari saya bekalkan dia makanan, hari pertama sup ayam yang ada 2 ketul ayam di dalamnya bahagian kepak kesukaannya dengan nasi putih dan telur dadar. Tapi nasi dengan kuah sup beserta telur dadar saja yang dimakannya. Ayam 2 ketul langsung tak dijamah, balik dari sekolah suami saya yang ratah dan makan ayamnya.


Bekal Sup ayam dan telur dadar dengan nasi putih
Hari kedua saya bekalkan sayur lemak dan ayam goreng 2 ketul kegemarannya dengan nasi putih. Juga nasi putih dan kuah sayur lemak saja yang dimakan. Langsung ayam 2 ketul yang agak besar saya goreng tidak dijamah, saya yang ratah selepas dia balik dari sekolah. Sayur juga tidak dimakan, ini sudah dapat diagak walaupun jika di rumah dia akan makan lobak merah yang ada dalam kuah sayur lemak tersebut.


Balik Rumah, ayam 2 ketul tidak disentuh


Bekal Nasi Putih, Sayur Lemak dan Ayam Goreng

 Hari ketiga saya bekalkan nasi putih, kuah sup ayam dan udang goreng 4 ketul. Saya harap sangat kali ini kesemua makanan yang dibekalkan habis dimakan. Rupanya sama juga lauk udang goreng 4 ekor langsung tak disentuh, dia hanya makan nasi putih dan kuah sup seperti kebiasaannya.


Bekal Amirul dan mama sekali menyendeng

Balik dari sekolah langsung udang tak disentuh, suap baru makan


Hari Keempat, hari Jumaat dan hari akhir dalam minggu ini sesi persekolahannya, saya bekalkan mi maggie goreng sedap beserta ayam goreng bahagian kepak. Sebenarnya ini permintaan dia sendiri, jika ikutkan saya nak bekalkan nasi dan telur dadar sahaja. Yang paling seronok bila mi yang dibekalkan habis dimakan dan kepak ayam nampaknya dijamah sedikit sahaja. Rupanya bila disoal siasat katanya dia berkongsi makan dengan Azfar rakan semasa Pasti tahun lepas, Tahun ini sama sekolah tetapi berlainan kelas, boleh pula berkawan masa kat kantin sekolah.

Sekian dulu bekal sekolah anak untuk 4 hari pertama persekolahan.
In shaa Allah semoga Allah sentiasa berikan momentun kerajinan yang sama untuk bekalkan Amirul Hakim dengan makanan yang dimasak sendiri di rumah.

No comments:

Post a Comment