Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Wednesday, 18 January 2017

Kasut Sekolah Bersih dengan EziClean

Assalamualaikum w.b.t,

Dah mula sesi persekolahan selama 2 minggu dan rutin saya sebagai ibu kepada anak yang bersekolah juga dah berubah. Ada tambahan kerja-kerja yang menanti, salah satunya adalah basuh baju sekolah putih dan kasut sekolah. Jadi saya pilih untuk guna sabun yang mudah dan senang untuk hilangkan kekotoran pada baju ptuih dan juga sekaligus kasut sekolah.

Mempunyai anak lelaki rasanya kerja membasuh dan mencuci lebih berganda berbanding anak perempuan kata kebanyakkan orang. Bagi saya sama sahaja mungkin. Kerja membasuh jadi lebih mudah dengan eziclean, sejenis sabun yang selamat untuk manusia dan alam sekitar.

Untuk baju-baju sekolah kebangsaan dan baju sekolah agama, saya rendamkan dalam sabun eziclean dan air separuh baldi. Selepas setengah jam kadang terlebih sebab selalunya saya basuh semasa sedang mandi, sekali jalan saja. Kerja mudah sangat, hanya berus tempat yang kehitaman seperti di kolar baju dan di lengan baju, untuk seluar putih pula di bahagian lutut dan kaki bawah. Memnag kotoran mudah tanggal.

Bagi kasut pula, saya tak rendam, kebanyakkan testimoni bagitahu supaya rendam sekejap dan baru basuh. Saya pula hanya taburkan serbuk sabun eziclean di atas kasut yang dah dibasahkan terlebih dahulu. Biarkan seketika sebelum di berus bersih. Bukan apa sebab kasut masih baru, jadi saya tak berani untuk rendam dalam air, risau kasut akan mudah rosak.

Kasut kehitaman pada hari kedua persekolahan
Jangan terkejut jika anda tengok kasut anak anda kotor dan hitam bila pulang dari sekolah. Sebab anak saya sendiri yang darjah 1, 7 tahun umurnya, hari pertama sekolah saja kasut memang dah hitam, bila ditanya katanya kawan terpijak semasa perhimpunan. Esoknya, hari kedua perskolahan, balik dari sekolah kasut semakin hitam, sama juga dipijak rakan sekolah. Jadi memang sesuai untuk ibu-ibu di rumah beli dan guna sabun eziclean ini, saya jual juga sambil guna. Jika anda mahu, boleh hubungi saya 010-9336935.

Beli sepasang kasut lagi untuk bergilir pakai

Sabun ezi clean ini dipek sebanyak 1kg setiap pek dan harganya RM23 satu pek. Jika berminat boleh segera hubungi saya kerana saya ada ready stok, cuma limited saja.

Ini dia sabun eziclean yang saya guna dan jual sekali
Jika nak tau sebenarnya pernah viral yang 10,000 pek 1 hari habis dijual di seluruh Malaysia. Dan ia sememangnya benar kerana stok yang saya nak beli di stokis Kota Bharu kehabisan, nasib baik saya telefon sebelum datang. Dan dengan jasa baik Leader yang berada di Selangor, belikan untuk saya berpek-pek kerana saya sendiri nak pakai dan kawan-kawan di tempat kerja dan sekitar juga mahukannya.

Antara gambar-gambar testimoni dari kumpulan TLC, group kami
Anda percaya? Seharusnya cuba dan lihat sendiri kesannya. Saya tidak menipu, saya bercerita dari kisah benar. Dan mereka jua bercerita berdasarkan pengalaman mereka sendiri.

Di masa lain, saya akan ceritakan bagaimana saya gunakan eziclean untuk cuci kuali.
Sekian dulu. 

No comments:

Post a Comment