Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Friday, 18 March 2016

Fokus Itu Penting

Assalamualaikum w.b.t,

Sedikit perkongsian dari emel saya yang tulisan asalnya di tulis oleh Dr Azizan OSman, pakar motivasi, jutawan yang tidak asing lagi dalam dunia perniagaan


Fokus, fikirkan dan tanya diri sendiri:- 

Apakah impian yang kita mahukan di sebalik tindakan tersebut? 

Adakah ianya sesuatu yang sangat penting untuk diri kita dan keluarga kita? 

Kenapa kita mahukannya? 

Berapa cepat kita mahukannya? 

Dan kemudian buat keputusan muktamad samada redah sahaja atau lupakanlah sahaja impian kita tersebut. 

Ingat: Untuk dapat apa yang kita tidak pernah dapat, kita mesti berani lakukan apa yang kita tidak pernah lakukan. 

Dan untuk kepastian diri, senaraikan apakah manfaat besar yang kita inginkan bila manfaat tersebut tercapai dek bermula dari tindakan yang kita gentar atau ragu-ragu lakukan. Susuli dengan solat istikharah dan kemudian lakukan. 

Tidak semua solat istikharah akan mendatangi "wahyu" dari langit kepada anda. Kadang-kadang Dia telah tunjukkan jalan tetapi kita yang berpaling dari jalan yang telah ditunjukkan. 

Sekian dulu.

No comments:

Post a Comment