Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Sunday, 1 February 2015

Kasih Seorang Tok Ayah

Assalamualaikum w.b.t,

Apa khabar semua pembaca blog saya? Hari ini entri santai saja. Kebetulan tengah belek-belek gambar lama terjuma gambar si anak bersama dengan tok ayah nya, mertua saya. Ayah kepada suami saya. Gambar ini diambil semasa saya pulang bercuti ke kampung pada Oktober tahun lepas, kebetulan suami tak ikut pulang kerana bekerja, dan saya balik dengan adik-adik dan anak-anak saya saja.

Macam biasa jika saya pulang tanpa suami, saya akan pulang ke rumah mak saya dan berlama di sana saja, kebetulan saya memang kena hantar barang ke rumah Tok Ayah mereka dan datang menyinggah sementara di rumah mertua untuk menziarahi dan bertanya khabar, maklum saja memang tiada seiapa yang duk rumah Tok Ayah, hanya tinggal mertua seorang sahaja, kebetulan masa kami singgah, ayah bercerita yang ada seorang saudara kami yang dah menemani ayah bila malam, Tok ayah memang jarang berada di rumah, Siang sibuk menjual di pasar Machang dan malam ke Masjid, jadi hanya ada di rumah untuk berehat seketika dan tidur saja.

Lihat sajalah, bila tok ayah melihat cucu nya dan merasa rindu, tanpa buang masa dipeluk dan didakapnya untuk melepaskan rindu. Biasa memang Amirul lah yang kena, Si Ammar tak biasa lagi dan tak gemar berada dalam rumah, nak dibawa berjalan-jalan melihat sekitar rumah, mencari ayam, itik, kucing serta kambing.

Seronok tok ayah dapat jumpa dan peluk cucu

Amirul malu-malu
Bila tertengok gambar begini memang rasa terus nak pulang ke kampung, tak sabar nak tunggu cuti Raya Cina nanti, Tok Ayah dan Mak, tunggu kami pulang ya.
Smentara belum pulang bertemu mata ini, Al fatihah sajalah sebagai pengubat rindu untuk disedekahkan kepada mereka.

Sekian dahulu,
Cerita sebagai kenangan di masa depan.

Seperti biasa:


Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages Serba Barang: Kedaionlinecikroki
Fanpages produk DCL: Stokis DCL
Fanpages  Tupperware : Tupperware

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah


No comments:

Post a Comment