Pada Sabtu yang lepas balik saja dari kerja, kami dua buah keluarga ke Johor untuk melawat Abang Ipar saya yang baru selesai melakukan pembedahan tulang belakang. Saya masih kerja di hari Sabtu mengikut kalendar Syarikat, memang rasa jika boleh elak memang nak elak bekerja di saat orang lain sedang bersama keluarga pada cuti hujung minggu. Perancangan asal kami bergerak pada Ahad pagi tetapi saat akhir ditukar dan kami bertolak petangnya lepas saya pulang dari tempat kerja.
Kami bergerak lebih kurang jam 7 petang, cadangan asal pergi dengan van Kak ipar sahaja tetapi memandangkan untuk keselesaan anak-anak, kami bergerak dengan kenderaan kami sendiri dan kak ipar dengan van nya bersama 3 anak-anak yang semuanya lelaki. Boleh bayangkan bagaimana lasak nya mereka kerana anak saya juga dua-dua lelaki juga sangat lasak di dalam kereta.
Kebetulan highway menghala ke Seremban agak sesak dan banyak kereta mungkin kerana ramai orang KL dan Putrajaya sambung bercuti sempena Hari Wilayah dan juga Hari cuti umum Thaipusam, jadi kami ambil masa yang lama untuk sampai ke Kg Puteri Menangis, Pontian Johor. Dalam Jam 11 malam lebih barulah kami sampai, kasihan pada tuan rumah terpaksa menunggu dan menjamu kami di tengah malam, dengan abang ipar yang sakit pun terpaksa berjaga menanti kehadiran kami.
Esoknya, masa untuk bergembira lah bagi kanak-kanak riang yang 5 orang semuanya lelaki, apalagi jika bukan main berlari-lari, main gaduh-gaduh atau lawan-lawan.
Bagi si Ammar anak kedua saya apalagi asyik minta nak main di luar saja sebab nak kejar ayam, biasa dia suka lembu dan kambing tapi di kampung dan sekeliling rumah ini tidak kelihatan lembu atau kambing.
Merasai suasana kampung walaupun bukan di kampung sendiri, rasanya sangat seronok, udara yang masih segar, keleiling rumah yang masih dipenuhi pokok-pokok tanaman sangat menyegarkan mata dan fikiran.
Saya sendiri sambil melayan kerenah anak-anak riang pusing sekeliling rumah, sempat juga memetik daun limau purut, buah limau purut dan limau kasturi sesaja gatal tangan sebab geram tengok.
Ramai pula yang berkenan dengan nenas di atas tanah |
Abang ipar tinggal di rumah mertua beliau semasa cuti sakit yang memakan masa dalam 2-3 bulan, jadi mertua nya sangat baik hati, tak senang duduk di rumah, ke hulu hilir, mencari buah nenas, pisang untuk bekalan kami balik ke bandar nanti. Siap mencari buah kelapa mudah untuk minuman kami di tengahari. Sukanya orang tua bila kaum keluarag datang berziarah dan berkumpul ramai-ramai. In shaa Allah jika ada peluang lagi, kami sekeluarga akan datang lagi
Ini sebenarnya kali kedua saya bertandang dan bermalam di rumah ini, kali pertama semasa anak baru seorang di cuti tahun baru. Awal tahun 2012, 3 tahun yang lepas.
Sebenarnya abang ipar disahkan sakit tulang belakang dan jika tidak dibedah, dalam masa 6 bulan lagi doktor sahkan beliau akan lumpuh, jadi doktor sarankan lakukan pembedahan untuk mengelakkan dari awal. tetapi pembedahan hanya dilakukan di bahagian leher untuk buang satu saluran urat yang menyebabkan sakit tulang belakang. Harapnya abang ipar cepat sembuh dengan segera dan dapatlah datang melawat kami pula di sini.
Sekian dulu.
Iklan:
Eco bottle keluaran Februari 2015 untuk satu keluarga, ada ayah, mak dan anak-anak.
Sangat cantik, sangat sesuai untuk dijadikan hadiah.
Happy Family Eco Bottle Set
Ada 4 botol air
Fliptop 1L
Fliptop 750ml (pertama kali ada yang flip top)
500ml (2)
4 sarung yang sangat menarik, seakan baju pada eco bottle
Ada gift box untuk mudah bagi hadiah pada sesiapa yang kita nak bagi
Harga sebenar RM121.90
Harag promo hanya RM109.70
Eco bottle set RM121.90, harga offer hanya RM109.70 |
Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila
sms/whatsapp ke : 010-9336935
Emel : wanrokiahwannor@gmail.com
Blog 2 : Stokis dan Produk DCL
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages
Tupperware : Tupperware
Sila buat
pembayaran ke
Akaun
Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank
Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Sila
sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh,
jumlah dan jenis bank)
melalui
SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat
tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti
Atau boleh
isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.
Jom
beriklan di sini : SOHO
Directory
Baca
terma iklan di sini : Syarat
pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party
Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan
fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp
ke : 010-9336935
Emel
: wanrokiahwannor@gmail.com
Facebook
: Wan
Rokiah
No comments:
Post a Comment