Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Tuesday, 10 February 2015

Hidup ini Pilihan dan Harus Bijak Memilih

Assalamualaikum w.b.t,

Saya nak kongsikan sedikit pengalaman saya yang sekarang ini memang agak sibuk dengan bekerja, menguruskan rumahtangga dan ada bisnes sampingan yang buat sekadar buat part time tetapi sebenarnya sepenuh masa dan sepnuh komitmen kena bagi (full time & full comitment).

Apabila balik ke rumah dari masa bekerja, saya masih separuh melayan dan menjawab permintaan pelanggan. Kadang urusan rumahtanggan pun ada yang cicir sperti saya harus memilih sama ada nak masak makanan untuk keluarga atau saya beli di luar saja dan masa yang saya ada boleh saya gunakan untuk mengemas rumah. Ya rumah yang dihuni oleh kanak-kanak yang sedang membesar memang sangat perlu dijaga dan disusun rapi. Jika kita kemas, ada saja barang mainan yang merka akan sepahkan balik. Padahal bukan nya main mana, sekadar sepahkan dan main sedikit lepas itu tinggal saja.

Siapa kata kita ibu yang bekerja tak jeles atau dengki dengan kaum ibu yang berada di rumah dan sepenuhnya bagi masa untuk rumah tangga dan keluarga. Memang jika dikutkan hati mahu seperti mereka, mungkin masanya belum tiba lagi untuk saya yang dah cuba untuk berkeadaan begitu dan dalam proses menyediakan diri supaya dapat pendapatan tetap seperti mana saya sedang bekerja juga namun belum sampai masa seperti itu lagi.

Saya selalu impikan dan fikirkan jika menjadi surirumahtangga, mesti makan minum anak-anak dan suami terjaga, pakaian mereka, rumah kemas dan sentiasa berada dalam keadaan selesa di mata dan jiwa. Namun itu hanya impian yang akan ditunaikan pada masa yang belum tahu bila. Yang saya tahu hanya perlu berusaha dan menyediakan diri ke arah itu. Betul saya pernah ke beberapa rumah kawan yang telah berhenti kerja dan menjaga rumahtangga sepenuh masa tanpa ada aktiviti luar dan bisnes yang memberi sumber pendapatan kepada meraka, hanya satu-satu dari suami tercinta saja, rumah mereka sangat kemas dan cantik dihias. Sangat seronok apabila mengingatkan kehidupan bahagia mereka, namun saya tahu tak semua orang akan dapat merasai seperti itu. Dan saya juga bukan manusia seperti itu yang sabar dengan aktiviti rutin setiap hari, saya ini orang nya yang aktif dan sering ingin kan lebih usaha dari yang sepatutnya, bukan kata tak bersyukur namun selagi ada kudrat dan di masa muda dan sihat inilah kita nak usahakan sesuatu sehingga dapat kejayaan.

Hidup ini pilihan dan harus bijak memilih apa yang kita mahu dan inginkan, jangan ikut-ikutkan orang kerana impian orang dan nasib orang tak sama dengan yang Allah dah tentukan untuk kita. Suka saya ingatkan adik-adik yang baru menapak dalam alam pekerjaan, jaga gaji anda dengan baik, lakukan apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang dilarang serta berusaha untuk tingkatkan amal ibadat untuk dekatkan diri dengan NYA. Jangan terjerumus dengan hutang yang di luarnya nampak menarik saja sedangkan ramai yang bangkrap disebabkan hutang. Nilai bajet dan kemampuan diri anda dulu sbelum iku-ikutan membuat hutang.

Zaman sekarang mudah sahaja nak pinjam dengan bank tetapi jika terlambat bayar padahnya denda yang akan diterima sehingga membebankan anda sendiri. Nilai semula kehidupan anda, masa yang anda ada, jika duit dari gaji masih tidak cukup dan anda punya banyak masa, jadi luangkan masa dengan mencari kerja tambahan dengan mendapat bayaran yang akan menambah nilai hidup anda, Bukannya anda membazirkan masa tersebut dengan membuang masa, lepak dan keluar bersama rakan sebaya dan sebagainya.

Setakat ini dulu ceramah/perkongsian saya untuk hari ini. Semoga memberi manfaat untuk anda semua dan diri saya sendiri jua. Saya bukanlah yang terbaik, tetapi in shaa Allah saya akan dari masa ke semasa memperbaiki diri.

Sebelum berakhir, saya nak iklankan untuk anda produk DCL yang dah lama saya berniaga tetapi akhir-akhir ini produk ini kian mendapat sambutan dari orang luar sehingga mereka menjadi pelanggan tetap yang sentiasa ulang beli dengan saya. Mana tahu anda semua juga sedang mencari-cari dan ingin guna produk berkhasiat dan sangat berkesan ini.

Sambutan hangat 2 produk ini Kopi dan Nuclonz (ubat lawas)

Bidadari , untuk wanita bina diri dari dalam

Madu amazing untuk semua peringkat umur

Qshe untuk pembentukan badan wanita

Kopi sedap yang halal dan selamat diminum

Stokian ajaib yang ada infra red





Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages Serba Barang: Kedaionlinecikroki
Fanpages produk DCL: Stokis DCL
Fanpages  Tupperware : Tupperware

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah


No comments:

Post a Comment