Terlebih dahulu saya memohon maaf jika akhir-akhir ini entri saya berkisar mengenai Tupperware saja dan juga mengenai iklan saja. Memang dalam kepala saya teringin dan nak bina satu blog khas mengenai Tupperware, supaya senang peminat tupperware dan juga saya sendiri nak uruskan tetapi andai itu terjadi maka blog ini akan ditinggalkan kesepian dan mungkin saya tak punya banyak masa untuk berkongsi segala apa yang saya minat sebelum ini di dalam nya.
Untuk pengetahuan semua, saya sudah pun ada 3 blog termasuk blog ini yang utama, maka jika ada satu lagi blog, memang genaplah seorang suami boleh berkahwin 4 sahaja kuotanya mengikut sunnah nabi. Genaplah 4 blog yang saya ada, ya akan saya usahakan juga sehingga berjaya. Namun bila di tengok lagi 2 blog saya yang sampingan saya, memang satu yang saya kongsikan mengenai perniagaan, mengenai panduan untuk berniaga telah lama ditinggalkan, juga blog perniagaan saya DCL, seperti mana syarikatnya sekarang yang sudah tidak ada, hampir lumpuh begitu juga blog tersebut, tetapi perniagaan saya tentang produk DCL masih ada, masih ada pelanggan yang mencari kerana produk nya memang berkesan dan sangat berkualiti.
Itu semua cerita lama, ayuh sekarang saya mahu fokuskan mengenai perniagaan Tupperware, sebab itu saya mohon maaf bagi anda yang bukan peminat tupperware yang mengunjungi blog saya dan terindu-rindu catatan perkongsian saya seperti tazkirah dan sebaginya, akan saya usahakan juga, namun buat masa ini memang saya nak fokus pada Tupperware, usaha hingga berjaya.
Lagi pun memang suami saya sudah bagi galakan dan bagi masa terhad setahun saja untuk saya bergiat aktif dalam perniagaan ini, jadi saya tak mahu buang masa dan peluang yang telah diberi. Saya perlu usaha sehingga saya benar-benar berjaya dan dapat pendapatan yang kukuh menerusi bisnes ini.
Untuk anda yang belum tahu, Tupperware bukan sekadar menyuruh anda menjual dan mendapatkan untung runcit serta komisen setiap bulan, tetapi ada sumber lain yang diberi mengikut cabarannya. Contoh sekarang yang sedang hangat adalah EDU PLAN untuk anak-anak, jika kita berjaya mencapai cabaran yang diberikan, kita akan dapat secara tunai RM36000, dan duit itu jika disimpan untuk kegunaan anak kita semasa mereka berumur 18 tahun, sudah menjadi lebih kurang RM85,000. satu jumlah yang sangat besar masa kini namun masa akan datang kita tidak tahu kerana nilai wang akan cepat jatuh. Jadi kena melabur dari sekarang, usaha sehingga dapat dan anda tidak perlu risau untuk yuran pengajian anak-anak anda bila mereka dewasa kelak.
Baik serba sedikit bebelan saya di atas, jangan ambil hati.
Sekarang saya nak iklankan tajuk asal di atas: Hadiah set robotic dan fashion tu corak pada bekas tupperware, bekas makanan dan botol air untuk anak-anak yang berumur 2 tahun dan ke atas, saya pun beli 1 set untuk anak saya, 2 orang, jadi 2 set yang robotic sebab anak-anak saya keduanya lelaki.
Cantik dan menarik, anak-anak pasti suka |
Jom dapatkan dengan saya set cun dan menarik ini |
Contoh hamper yang saya buat dengan reben sekali |
Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila
sms/whatsapp ke : 010-9336935
Emel : wanrokiahwannor@gmail.com
Blog 2 : Stokis dan Produk DCL
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL
Sila buat
pembayaran ke
Akaun
Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank
Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Sila
sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh,
jumlah dan jenis bank)
melalui
SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat
tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti
Atau boleh
isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.
Jom
beriklan di sini : SOHO
Directory
Baca
terma iklan di sini : Syarat
pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party
Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan
fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp
ke : 010-9336935
Emel
: wanrokiahwannor@gmail.com
Facebook
: Wan
Rokiah
No comments:
Post a Comment