Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Monday 11 August 2014

Tuppperware Free dengan TupperDollar

Asslamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, dan Terima Kasih Ya Allah kerana melimpahi kami dengan rezeki Mu, diberikan kesihatan yang berpanjangan dan akal fikiran yang waras.

Apa yang nak dikongsikan di sini adalah mengenai Tupperware, ye tupperware, bekas plastik yang ramai tahu harganya mahal. Saya hanya dapat free lagi kali ini.

Bagaimana dapat percuma?
Kerana semasa bulan Julai, saya giat mengumpulkan Tupperdollar. Ini kelebihan sebagai ahli yang aktif dan dekat dengan upline serta stokis. Jika nak harapkan semua upline bagitahu pun mungkin ada yang tercicir untuk disampaikan. Sekarang jika nak tahu boleh ke stokis, rajin-rajin singgah di sana dan ambil tahu apa promosi terkini, kerana dengan katalog dan  web sahaja tidak mencukupi. Itulah pentingnya kita berada di dalam kumpulan dan bergerak secara kumpulan juga.

Baik cara bagaimana mendapat tupperdollar adalah dengan belian atau di sebut sales (harga di katalog) mencukupi satu resit sebanyak RM250, kita akan diberi 2 tupperdollar RM100, jadi jumlahnya adalah RM200. Untuk barangan terpilih, seperti rice dispenser, jika kita beli 1, akan dapat percuma 3 tupperdollar yang juga RM100, maka jumlahnya RM300. Lumayan bukan?


Dan Tupperdollar ini akan digunakan pada satu tarikh yang ditetapkan oleh stokis sebagai hari untuk lelongan barangan tupperware yang disediakan dan ditetapkan oleh HQ. Ada barangan dari Malaysia dan ada yang dari Luar Negara. Maka pada hari ini duit sbenar tidak bernilai, hanya tupperdollar sahaj boleh digunakan untuk membida. Maka siapa yang bida paling tinggi harganya, dia yang punya barangan tupperware tersebut.

Baik ini barangan tupperware yang ada pada hari tersebut, kami dah sampai agak lewat kerana majlis sudah mula awal dan ada sudah yang membida dan dapat hasilnya. Ini di stokis putrajaya, Kak Oda tuan punya stokis yang jadi tukang lelong.



 Ada seorang pembida sedang mengira tupperdollar untuk diberikan pada stokis setelah berjaya membida.

 Ramai orang di stokis ini biarpun stokisnya sempit dan tidak banyak ruang yang tersedia untuk orang yang datang pada hari ini, nasib baik kami tidak terlalu lewat sampai kerana ada yang terpaksa berdiri di luar.

 Barangan dah tinggal sedikit sahaja lagi, maka siapa ang masih ada tupperdollar perlu cepat-cepat bida dan dapatkan hasilnya.


Ini siapa yang tak kenal Za Tupperware juga turut berada di stokis ini dan telah berjaya membida bekas untuk membuat sosej/sushi.
 Kak Oda masih bersemangat melelong barangan Tupperware, botol air sekali dengan sarung yang digemari ramai. Kami dah dapat dua barangan hasil bidaan dengan harga tertinggi, RM6000 Tupperdollar untuk set one touch 4 bekas, dan RM3000 untuk microwave cooker meal omelette.


Ini antara mereka yang sampai awal dan telah membida, untung lah, banyak barangan yang diperolehi awal-awal dengan harga yang murah.

 Kak Oda masih bersemangat meneruskan sesi lelongan sehingga barangan habis, ini vent smart yang juga menjadi kegemaran saya.

 Antara barangan tupperware yang hampir habis, tinggal tak banyak lagi.


 Ini pula barangan yang kami saya dan kak Azma dapat bida pada pagi ini. Set one touch kami ambil 2 biji seorang, microwave maker saya yang punya dan ada dapat free gift dari kak oda untuk habiskan baki tupperdollar yang ada pada kami.


Walaupun bersesak dan penat membida namun puas hati kerana dapat tupperware free, siapa nak bagi kan. Keseronokan bercampur dan melihat aksi memasing pembida tadi pun agak lucu dan seronok. Dan juga ilmu dari kak Oda yang tidak kedekut dan tidak terhad kepada organisasi dia sahaja tetapi terbuka kepada sesiapa sahaja dan organisasi lain juga untuk datang belajar dan bersama-sama tahu akan kebaikan produk tupperware.

Kami doakan Kak Oda sentiasa sihat dan berjaya buka kelas latihan di atas stokis nya dengan sewaan yang murah. dapatlah kami menumpang berteduh dan belajar banyak ilmu tupperware dengan stokis yang terdekat. Semoga Allah mendengar doa kami.

Semasa saya sedang menulis entri ini hujan tengah turun dengan lebatnya,biasa doa mudah makbul semasa hujan. Amin.

Sekian dulu. Sebelum itu ada pesanan penaja. seperti biasa



Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah


No comments:

Post a Comment