Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Wednesday 6 August 2014

Bekas Tupperware Cantik Untuk Hari Raya

Assalamulaikum w.b.t,

Walaupun dah mula bekerja, tetapi mood raya masih ada. Masuk saja kereta terdengar lagu raya, masuk rumah buka tv pun masih banyak rancangan raya. Jadi mana mungkin mood raya dah hilang.Walaupun ini hari ketiga saya sambung berpuasa 6 di bulan Syawal, tetapi mood raya masih ada dan masih teringin untuk makan kuih kuih raya dan juga kerepek serta makanan raya yang lain. Macam semalam sangat teringin nak makan nasi himpit dengan kuah kacang, padahal kat kampung tak ada lah nak makan beriya sangat. Sekarang pula yang terasa.

Baik, saya nak tunjukkan bekas kuih atau bekas kerepek yang cantik dan menarik dari Tupperware.
Tengok sahaja pun dah tertarik. Teknologi One Touch ini memang benar-benar membuatkan saya tertarik kerana apa, kerana senang untuk tutp dan bekasnya sangat kedap udara dan tahan lama barang makanan dalam itu.

cantik kombinasi warna dan corak luarnya

Tawaran menarik bulan Ogos 2014


Pernah berlaku kejadian yang raya lepasa saya isikan One touch ini yang saiz 3L dengan sup gear box yang panas-panas untuk di bawa balik dari kota bharu ke bandar baru bangi, perjalanan yang makan masa hampir 12 jam dicampur dengan waktu rehat, solat dan makan.

 Masa sebelum isi mak saya dah pelik sebab nampak bekas nya kecil dan gear box nya besar, mana muat tapi bila dah bubuh dan masukkan siap-siap, baru tahu rupanya sangat muat. Saya gunakan dua bekas one touch. bila ditutup rapat dengan satu tekanan, penutup nya akan tertolak balik sebab panas.

Jadi saya biarkan penutup terbuka sedikit dan bawa dalam kereta untuk bekal balik ke bandar. Bila sampai di rumah, yang hairannya biasa sup daging macam ini mesti akan berketul lemak membeku namun yang ajaib dan seronoknya, sup saya masih ok dan tiada lemak, seperti biasa, jadi saya hanya panaskan sekejap saja di dalam periuk elektrik automatik dan dah siap untuk dimakan.

Tapi nak diingatkan di sini yang memang saya telah salah gunakan bekas one touch ini bukan untuk isi barang masakan panas, sepatutnya hanya untuk isi barang makanan biasa sahaja. Tapi suka saya nak tegaskan di sini yang memang bekas keluaran tupperware adalah sangat baik dan elok sebab masih utuh walau saya dah salah gunakan ia.

Untuk dapatkan bekas yang cantik ini, jangan segan silu untuk hubungi saya seperti di bawah,



Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah












No comments:

Post a Comment