Cari di sini

iklan

Friday, 15 August 2014

Komisen Pertama dari Tupperware

Assalamualaikum w.b.t,

Baru ada angin atau mood untuk kongsikan cerita ini, walau dah lama ada dalam senarai draft di blog saya ini. Ok ini kali pertama saya terima bonus dan komisen dari Tupperware. Sebelum ini seperti cerita yang saya pernah cerita, saya join dalam bulan 12 tahun 2013 dan tidak pernah berminat untuk buat bisnes dalam tupperware, maka endah tak endah saja saya pandang sedangkan saya ini minat berjual beli, minat berniaga.  Saya mula ada niat nak berniaga pada bulan 4 dan cuba untuk ambil tahu bagaimana cara untuk buat tupperware sehingga saya memperolehi komisen dan bonus.

Baik, mula-mula yang penting adalah anda sebagai orang biasa perlu join sebagai ahli dahulu dalam tupperware, saya masuk dengan treasure box, niat awal hanya untuk dapatkan barangan tupperware yang beharga RM514 itu dengan harga RM280 saja, tak ada niat langsung untuk aktif menjual tupperware. Selepas itu ada kawan-kawan yang minat sangat produk tupperware nak join ahli di bawah saya. Jadi saya cukupkan 2 orang dan saya layak untuk mendapat komisen dan bonus, mudah saja untuk dapat bonus dalam tupperware rupanya.

Dan inilah surat komisen pertama yang saya dapat. Agak pelik bila balik rehat tengahari kat rumah, ada surat, dan buka saja ada cek dari tupperware.



Inilah cek pertama yang saya dapat. 2 angka saya dapat, melebihi nilai RM50. iaitu RM88.


Terus saya ke Maybank yang berdekatan dengan rumah dan masukkan ke dalam cek deposit mesin di Maybank tersebut. Mudah saja aktiviti nya. Tunggu saja nanti duit masuk akaun.




 Untuk komisen kedua dan ketiga saya terus daftar akaun bank maybank untuk penerimaan bonus kerana saya tak berapa suka cek sampai ke rumah. Kadang posmen memang main letak di pagar rumah dan jika hari hujan, habis basah cek nanti. Tidak terjamin. Labih baik transaksi terus ke dalam akaun.

Sekian dulu, tunggu perkongsian saya untuk komisen seterusnya.


Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti

 Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah