Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Saturday, 18 April 2015

Diet Sihat : Senaman Aerobik

Assalamualaikum w.b.t,

Ini adalah minggu kedua dan juga kali kedua saya telah menyertai senaman aerobik di kelab sihat yang terletak tidak jauh dari rumah saya yang juga di Bandar Baru Bangi. Khas untuk kaum hawa saja ya, tak kira dah kahwin, dah beranak, atau masih anak dara, semua pun boleh janji anda adalah wanita.

Jadual nya setiap Isnin jam 8.30 malam hingga 9.30 malam, bagi anda yang berdekatan dan ada niat seperti saya untuk menurunkan berat badan dan hidup secara sihat, dijemput datang beramai-ramai ya.

Sebenarnya kelas ini (lebih senang dibahasakan kelas kerana saya sebagai pelajar dan ada seorang gutu pelatih) untuk mereka yang nak hidup secara sihat. nak tambah otot dalam badan bukan saja untuk orang yang nak berdiet untuk kurus tetapi untuk mereka yang nak naikkan berat badan, nak jada stamina diri, nak elakkan pelbagai penyakit dari seringan-ringan seperti selsema dan demam kepada penyakit dalaman yang lain.

In shaa Allah anda akan berasa lebih sihat dan cergas. Niat saya hanya untuk membantu diri sendiri dan orang lain yang seangkatan bagi merealisasikan impian. Di sini kita ada persekitaran yang sihat, dapat ramai kawan baru. Jika anda lihat gambar yang saya kongsikan hanya beberapa orang dari umur 20-an hingga 50-an. Pada minggu pertama saya datang hanya 5 orang saja termasuk saya. Kira kali ini lebih meriah kerana ada jurulatih profesional, sampai termengah-mengah saya dibuatnya, hehe nampak sangat saya ini memang dah lama meninggalkan dunia senaman atau sukan.


Jom lihat gambar kami selepas sesi aerobik, dah berpeluh dan keluar toksin dari badan, lemak pun dah dinyah berkalori-kalori dari badan, mudah-mudahan.








Kami terdiri dari pelbagai peringkat umur,
Baik saya kongsikan sedikit, yang pakai tudung merah bercermin mata sebelah kiri saya adalah aunty yang berumur 50-an, sebelah saya pula adalah kawan saya merangkap bekas jiran berumur 40-an dan yang tepi sekali duduk berjaket itu adlah jurulatih kami. Nampak sangat low profile tetapi gaya senamannya fuhh boleh tahan, sangat cun.
Yang baju purple berdiri dan bertudung hijau itu adalah kakak yang saya baru kenal di kelab ini, baru 2 kali berjumpa, jauh susut badan nya dari awal berjumpa dahulu, jika gambar asal lagi jauh besarnya.

Sekian dulu, jika anda nak tahu lebih lanjut, boleh lah hubungi saya dan jika berminat nak beli produk jualan saya, boleh lah juga hubungi saya seperti yang tertera di bawah:



Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages Serba Barang: Kedaionlinecikroki
Fanpages produk DCL: Stokis DCL
Fanpages  Tupperware : Tupperware

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

No comments:

Post a Comment