Ramai juga yang dah tahu dan ramai juga yang belum tahu, tak kisah lah. Yang penting saya tahu apa yang saya sedang lakukan iaitu saya sedang dalam proses nak turunkan berat badan kerana berat saya sudah melebihi ideal tetapi belum dikira obesiti lagi. Tujuan nya tidak lain dan bukan hanya niat semata untuk kesihatan dan untuk mudah beramal ibadat, bila badan ringan kita mudah untuk bergerak aktif dan tidak terhalang oleh badan yang berat dengan lemak tersebut. Tujuan kedua saya nak kempiskan perut saya yang sentiasa nampak buncit seperti ada bayi di dalam. Keadaan ini sangat tidak selesa bagi sesiapa saja saya kira, terutama yang suka jaga kesihatan seperti saya.
Baiklah, berat saya dah melebihi 60kg rupanya selepas lama tak timbang, padahal saya duk bajet hanya 58 kg saja paling berat pun, rupanya dah melebihi apa yang disangka.
Berat ideal untuk orang yang berketinggian seperti saya adalah 44-48kg jika tak silap. Maknanya saya kena turunkan berbelas kilo juga lah kan. Tapi saya tak nak turun terlalu mendadak dengan diet gila, saya nak diet secara sihat.
Seperti yang saya ceritakan di entri sebelum ini, saya dah mendapat jadual pemakanan saya untuk sihat, iaitu 1100Kcal kalori pengambilan saja untuk sehari dan semalam. Jika saya ambil berlebihan, maka berat saya tidak akan turun dan jika ambil terlalu kurang, akan menjadi tidak cukup pula bagi proses biasa dalam badan, seperti proses perkumuhan, pecernaan dan lain-lain.
Seperti yang dah ramai tahu, memang Kevin Zahri ada menyatakan yang sebenarnya kita harus makan dalam segenggam nasi saja setiap kali. Dalam 2 kali sehari. Biasa lah kita orang Malaysia yang tidak boleh lari dari makanan ruji iaitu nasi. Bagi saya pula, jadual saya kena ambil nasi setengah genggam saja satu hari dan berita baiknya semalam setelah saya minum minuman dari herbalife F1 Shake, saya kenyang sampai ke malam. Tidur tanpa makan nasi tetapi ada lah makanan yang saya makan pada malamnya yang hanya sedikit saja. Tumpang makan spaggeti seafood yang saya goreng untuk anak saya.
Spaggeti goreng seafood separuh habis dimakan oleh anak dan saya habiskan sikit saja |
Sejak saya amalkan, cuba amalkan dan ikut jadual tersebut walau ada juga pada hari minggu, jadual tersebut tidak diikuti kerana terlalu banyak makanan yang ada. Sayang pula jika tak makan dan membazir begitu saja. Jadi sebab itulah dari Sabtu dan Ahad berat saya tak turun banyak. Tetapi bila Isnin kembali, jadual rutin bermula dan suka saya apabila berat dah pun turun kepada 1.8kg sejak berdiet sihat ini.
Tengok sajalah makan pagi saya kali ini, maknanya tengahari nanti saya hanya perlu minum sahaja, tak perlu makan nasi lagi.
Makan pagi saya nasi yang setengah genggam dan seekor ikan sardin bakar |
Sekian dulu setakat ini cerita panjang lebar, makan pagi saya tersebut terasa seakan makanan orang dalam pantang.
Tetapi selain amalkan pemakanan ikut jadual diet, saya tak tinggalkan Green Tea dan Lactofiber dari Tupperware, Nature Care.
Jika anda ingin sihat, haruslah ikut panduan untuk sihat. Jika nak dapatkan Green Tea dan Lactofiber, boleh hubungi saya.
Pakej lengkap Green tea dan Lactofiber termasuk harga |
Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila
sms/whatsapp ke : 010-9336935
Emel : wanrokiahwannor@gmail.com
Blog 2 : Stokis dan Produk DCL
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages
Tupperware : Tupperware
Sila buat
pembayaran ke
Akaun
Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank
Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Sila
sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh,
jumlah dan jenis bank)
melalui
SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat
tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti
Atau boleh
isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.
Jom
beriklan di sini : SOHO
Directory
Baca
terma iklan di sini : Syarat
pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party
Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan
fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp
ke : 010-9336935
Emel
: wanrokiahwannor@gmail.com
Facebook
: Wan
Rokiah
No comments:
Post a Comment