Memang biasa musim perayaan atau musim orang bekerja cuti panjang jalan raya akan sesak dengan kereta, penuh dengan bas dan tersumbat dengan lori-lori.
Jika tak nak tempuhi semua ini baik duk diam-diam di rumah saja atau naik kapal terbang atau helikopter saja, silap-silap jalan atas juga jem, kebanyakkan tiket pun habis dijual, pantang ada cuti mesti laku laris.
Ini pula kisah perjalanan kami yang pulang ke bandar setelah lama bercuti di kampung, semasa perjalanan balik ke Kelantan, jalan sangat elok, lancar saja sebab kami bercuti awal dari orang lain, tetapi semasa perjalanan balik semula, Tuhan saja tahu betapa jem nya jalan, banyaknya kenderaan atas jalan. Nasib baik kami bergilir memandu dan bukan seorang saja. Kali ini saya larat dan bersemangat untuk memandu, sebenarnya dah lama saya tak minat untuk memandu semasa balik kampung atau datang semula ke bandar KL ni, biasa si suami yang terpaksa bawa seorang diri. Jika jalan lancar mungkin tiada masalah sangat, jika memakan masa sehingga berbelas jam di dalam kereta kerana kesesakkan, kasihan juga lah. Jadi persefahaman dan saling bantu-membantu itu sangat perlu.
Kebiasaan yang kami ambil masa dari kampung saya ke kampung suami, Kota Bharu ke Machang dalam setengah jam sahaja, jika jem pun dalam sejam dah sampai. Sekali masa malam Raya cina tu jalan nya penuh dengan kereta mereka yang pulang bercuti dan bawa keluarga membeli belah di bandar Kota Bharu terutama di Wakaf Che Yeh, ada uptown di sana, hampir 2 jam baru sampai ke rumah suami dan kami bermalam dahulu dengan ayah mertua dan anak-anakpun sempat bermanja seketika. Kebetulan selepas itu ada keluarga kakak ipar dengan anak-anaknya pun ikut pulang ke rumah, meriah lah mereka anak-anak ada kawan bermain.
Dalam tengahari, kami keluar dari rumah untuk beli sedikit barang-barang sebagai bekalan untuk pulang. Siap beli barang dan pergi jumpa tok ayah di Pasar Machang, kami pun pulang kemas kan barang dan mula bergerak .
Jalan pun dah mula sesak tetapi trafik masih lancar.
Masa awal bertolak jalan dah banyak kereta |
Apabila dan beransur malam, kami dah hampir sampai tetapi sangat terkejut kerana di Plaza Tol bentong pun dah banyak kereta. Masuk ke Tol Gombak masih jem kerana semua berpusu untuk balik ke bandar semula, dari Pahang, Terengganu dan Kelantan.
Tak sanggup nak menempuh, banyaknya kereta |
Penuh kereta atas jalan sebelum dan selepas tol |
Ada budak 2 orang buat apa dalam gelap tu? |
Sekian dulu, sehingga berjumpa lagi.
Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila
sms/whatsapp ke : 010-9336935
Emel : wanrokiahwannor@gmail.com
Blog 2 : Stokis dan Produk DCL
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages
Tupperware : Tupperware
Sila buat
pembayaran ke
Akaun
Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank
Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Sila
sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh,
jumlah dan jenis bank)
melalui
SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat
tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti
Atau boleh
isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.
Jom
beriklan di sini : SOHO
Directory
Baca
terma iklan di sini : Syarat
pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party
Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan
fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp
ke : 010-9336935
Emel
: wanrokiahwannor@gmail.com
Facebook
: Wan
Rokiah
No comments:
Post a Comment