Assalamualaikum w.b.t,
Gambar sekadar hiasan dari ihsan Google |
Jangan risau dan khuatir jika apa yang kita ingini dan impikan belum tertunai kerana mungkin masa nya masih belum tiba untuk kita, Allah dah tentukan masa yang terbaik untuk sesuatu yang kita perlu atau tidak dapat. Jadi jangan risau dan sentiasa bersangka baik dengan Allah S.W.T, jadi hati akan tenang dan tidak mudah gundah gulana.
Ya cerita saya bermula tahun 2014, dan mungkin lebih awal dari itu, impian untuk memiliki rumah teres sendiri, duduk di rumah sendiri tanpa perlu menyewa RM500 @ RM700 sebulan. Ya sejak zaman saya mula bekerja, saya telah menyewa rumah teres, dapat merasa duduk bersama-sama kawan-kawan di rumah mewah 2 tingkat setengah dan duduk di bilik master bedroom yang mana bilik nya sangat besar dan luas, walaupun peralatan perabot dan perkakasan rumah tidak mewah dan hanya tidur beralas tilam nipis @ toto sahaja, namun pengalaman itu ada.
Rumah kedua yang saya sewa juga rumah teres setingkat, kos rendah mungkin sehingga sekarang pun yang sewa nya dari RM500 zaman duduk sendiri bersama kawan-kawan bujang sehingga berkahwin dan mempunyai 2 orang anak, masih belum rezeki saya untuk miliki rumah walau berkali pujuk dan bertanya tuan rumah untuk jualkan rumah yang saya duduki sekarang, namun bukan rezeki saya pabila rumah ini berpindah milik dari si abang kepada si adik dan dari itulah sewa rumah jadi naik kepada RM700.
Cerita untuk beli rumah bermula apabila saya mula mencari peluang rumah untuk dijual di laman web mudah.my, rata-rata orang memang familiar dengan mudah.my untuk membeli dan mencari apa sahaja barangan atau hartanah. Saya berkenan dengan sebuah rumah flat @ pangsa puri yang berada berdekatan dengan tempat tinggal saya sekarang. Dan saya mengambil no telefon Pn Saliha, agen kepada syarikat property untuk jual beli rumah.
Memang niat utama saya semasa hendak membeli adalah untuk disewakan semula, sebagai pelaburan di masa depan, daripada duit yang ada bulanan habis begitu saja, baik saya gunakan untuk sesuatu yang memberi pulangan di kemudian hari.
Tapi nasib tidak menyebelahi saya walaupun saya dah berminat untuk membeli sebuah rumah tersebut dan siap bayar deposit yang bukan sedikit, 4 angka juga, bukan senang nak dapatkan duit sebanyak itu tetapi saya berusaha dan akhirnya dapat sejumlah duit deposit itu. Malang lagi setelah duit dibayar, tetapi rumah tidak boleh dijual kerana nama penjual atau pemilik rumah sekarang adalah disenarai hitamkan oleh pihak bank negara atas alasan yang saya sendiri tak tahu, (private & confidential).
Jadi saya tidak dapat kembali jumlah duit deposit tersebut tetapi nasib saya masih baik kerana agen tersebut ada alternatif dan mencari rumah yang lain untuk digantikan kepada saya. Saya dah melalui proses biasa, bila ada rumah yang mengena target, saya datang dan review keadaan rumah, ada yang tidak berkenan di hati dan ditawarkan rumah yang lain.
Ada satu lagi rumah yang saya dah berkenan dan memang dah tandatangan perjanjian untuk membeli dengan agen dan pengawai bank lagi, tetapi malang juga bagi saya kerana pengawai bank selepas itu tidak dapat dikesan kerana telah berpindah pejabat dan no telefon tidak dapat dihubungi, emel juga tiada balasan. Sekarang saya hanya berhubung dengan agen rumah Pn Saliha tersebut yang juga sebenarnya kakak kepada kawan saya semasa belajar di UKM dulu.
Saya tidak tahu kenapa proses untuk saya beli rumah adalah sangat rumit, atau memang orang lain ada yang lebih teruk dari kes saya. Atau Allah belum nak bagi kepada saya kerana ada sebab-sebab tertentu dan mungkin juga saya tidak layak beli rumah flat, tetapi hanya sesuai dengan rumah teres @ Banglo? (status atau ayat 'koya' di sini), sebenarnya lebih kepada nak menyedapkan hati dan bersangka baik sahaja.
Sekian dulu omelan saya sebagai catatan perkongsian sebuah kehidupan benar.
Sebelum saya berundur seperti biasa, iklan dulu:
Bagi siapa yang nak join ahli tupperware, baik join Hari ini atau dalam bulan MAC kerana April nanti apabila GST dan mula terlaksana, harga nya naik ya.
Pakej Keahlian RM280, dapat semua dalam gambar dan tambahan kit bag
Selepas GST, bermula April nanti, harganya menjadi RM319 ya.
Jadi jangan buang masa lagi, segera sahut dan hubungi saya.
Untuk pembelian setiap produk jualan saya, boleh hubungi
Sila
sms/whatsapp ke : 010-9336935
Emel : wanrokiahwannor@gmail.com
Blog 2 : Stokis dan Produk DCL
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages
Tupperware : Tupperware
Sila buat
pembayaran ke
Akaun
Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank
Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Sila
sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh,
jumlah dan jenis bank)
melalui
SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat
tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti
Atau boleh
isikan pada BORANG PESANAN di ruangan kanan blog ini.
Jom
beriklan di sini : SOHO
Directory
Baca
terma iklan di sini : Syarat
pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party
Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan
fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp
ke : 010-9336935
Emel
: wanrokiahwannor@gmail.com
Facebook
: Wan
Rokiah
No comments:
Post a Comment