Assalamualaikum w.b.t,
Jom kita kongsikan pula kali ini dengan majlis yang baru saja saya adakan dan dengan jayanya. Berjaya dilaksanakan pada 29 Jun 2014, hari pertama puasa Ramadan 1435. Kami bermula jam 11.30 pagi dan bertempat di Seksyen 1. Di rumah salah seorang ahli tupperware yang baru sahaja join ahli. Orang itu tak lain dan tak bukan adalah adik kandung saya sendiri.
Terima kasih berbanyak pada tuan rumah kak wati yang menyediakan rumah, siap mop berwangi dan sapu dari pagi lagi. Semoga Allah membalas jasa baik anda.
Baik saya terangkan satu per satu aktiviti kami pada hari tersebut adalah dengan permulaan menunggu semua tetamu jemputan sampai. Ambil kedatangan dan ada teka bilangan gula-gula dalam botol eco yang 500ml.Yang tepat atau hampir tepat dapat memenangi hadiah dari Tupperware.
Jam 12 tengahari hingga 12.45 kami bermula dengan menerangkan tentang produk tupperware, kit bag dan treasure box. Kegunaan satu persatu item yang terdapat dalam terasure box yang ada dalam 17 produk atau bekas yang berlainan fungsi, saiz dan harga.
Nilai kit bag adalah RM70 dan Treasure box adalah RM514. Tetapi untuk orang baru yang nak join ahli dengan Treasure Box hanya perlu membayar sebanyak RM280 sahaja dan akan mendapat treasure box serta kit bag. Dan istimewa untuk yang datang parti dan join hari yang sama,
boleh membawa balik hamper tupperware pilihan hati, boleh pilih yang mana hamper telah disediakan, siapa cepat dia boleh buat pilihan dulu.
Lepas itu saya terangkan kegunaan vege safe antara barang yang habis guna, ingat yer tupperware bukan sekadar produk bekas plastik tetapi ada pelbagai barang lain seperti tupper clean, tupper chef dan nutrimetics.
Saya gunakan sayur brokoli dan buah anggur untuk demo hari ini. Agak magik dan tetamu yang datang terpegun melihat sayur yang sangat bersih menggunakan vege safe dibandingkan dengan air paip sahaja.
|
Penerangan mengenai eco bottle, boleh terus letak air panas dan bawa ke ofis |
|
Kita cuci sayur dan buah dengan vege safe |
|
Ha, betul ni vege safe terbaik |
Lepas ketibaan orang kuat dan cikgu saya dalam bisnes tupperware ini, kami mulakan aktivi demo masakan. Kami masak rendang daging kali ini. Sementara menunggu rendang masak, kami tunjukkan demo magik kedua iaitu lacto fiber.
|
Masa untuk mula memasak |
|
Kegunaan one touch canister, padat |
|
Sedikit penerangan tentang lacto fiber |
Bahagian yang paling penting, kami terangkan mengenai Water filter Nano Nature. Yang ini ada dalam pakej untuk orang yang baru nak
join ahli dengan hanya bayar RM1999, anda dapat sebiji water filter, satu treasure box dan kit bag. Dan yang paling menarik ada lagi satu tawaran yang istimewa, anda dapat hamper dari tupperware yang bernilai RM250, untuk pengetahuan anda, tawaran ini hanya terbuka untuk yang join dengan kami sahaja ya.
|
Penerangan mengenai water filter dapat tapis 158 bahan tercemar |
|
Penerangan mengenai water filter dapat bekalkan 19 mineral |
|
Demo lacto fiber untuk buang lemak dalam badan |
|
Antara tetamu yang hadir |
|
Kita demo masakan sambil ada sesi soal jawab |
|
Parti di rumah lebih selesa, bawa anak2 pun boleh |
|
Semangat tetamu mendengar penerangan |
|
Cikgu Lida Husin seronok bercerita dan tunjuk katalog |
|
Dapat hadiah untuk yang jawab kuiz |
|
Gambar sinopsis kejadian pada Ahad lepas | | |
|
|
|
|
|
No comments:
Post a Comment