Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Monday, 30 June 2014

Parti Tupperware di Rawang

Assalamualaikum w.b.t,

Saya nak kongsikan cerita ini sudah lama namun kerana kekangan masa yang agak huru-hara ketika ini. Huru hara kerana sibuk  yang terlajak sehingga tak sempat nak karang cerita dan bagi anda pembaca semua tengok dan baca.

Baik saya terus sahaja dengan cerita saya pada kali ini, dah lama gambar-gambar ini dimuatkan dalam blog saya namun hari ini baru sempat saya nak siapkan ceritanya dan bagi semua baca.

Kami menghadirkan diri ke Rawang untuk sambutan majlis penghargaan orang atasan saya yang dinaikkan pangkat. Ini antara gadis eh campur mak orang yang datang bersama dalam sebuah kereta. kami antara yang terawal sampai.


Sementara menunggu majlis dimulakan, kami bergambar dulu kerana ini kali pertama saya datang ke sini. Jadi macam tertarik akan banyak benda yang tak pernah nampak sebelum ini di lain tempat. Sebelum ini saya pernah ke Stokis Di Bandar Baru Bangi dan Stokis Putrajaya.

Inilah model yang sanggup datang bersama saya pada hari ini. Terima kasih dan Tahniah kepada anda.


 Jom bergambar lagi dengan barang tupperware yang ada. Paling nampak menarik di sini adalah Rice Dispenser yang ada dan dekorasi di sekelilingnya.

Ini pula tukang bawak, Terima kasih yang tak terucap kerana sanggup bangun awal pagi dan datang hantarkan kakak nya ke Majlis ini ditemani dengan dua anak kecil yang sedang nakal dan aktif.
Kita susah hari ini tak apalah, jangan susahkan orang lain dikemudian hari.


Bergambar dulu dengan produk Tupperware yang ada di tunjukkan kan dalam almari kaca (display cabinet). Antara yang menarik sudah tentunya adalah Vege Safe dan pes-pes segera yang ada di dalam itu.

Ini pula seluruh produk yang ada dalam katalog May 2014. Boleh lah cuci mata.

Dah masuk ke dewan, kena sopan sikit dan susun tempat anak-anak serta geng yang datang.

Ini antara barang yang saya dapat sebagai door gift dan hadiah kerana bawa 3 orang bersama saya. Sangat menarik dan kebaboom. Ini sangat melonjakkan semangat saya untuk terus bergiat aktif dalam perniagaan Tuperware yang selama ini pada pandangan saya hanya sekadar bekas plastik. Rupanya di sebalik itu ada lubuk emas yang kukuh, Hanya dengan usaha perlu digali dan raih emas tersebut.

Dan dengan gambar yang saya ambil inilah saya jadikan parti pertama saya di rumah. Ini juga akan saya ceritakan di entri yang akan datang.


Setakat ini dulu cerita kali ini. Tunggu saya akan beritakan cerita terbaru yang baru berlaku Ahad yang lepas, 22 Jun 2014. Antara kejayaan kecil yang saya rasakan agak memuaskan hati saya dan kawan-kawan yang menghadirinya juga.


Bagi anda yang nak beli produk tupperware atau join ahli untuk dapatkan banyak faedah lain, boleh lah hubungi saya:


Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

No comments:

Post a Comment