Rasanya dalam minggu ini asyik bercerita mengenai kereta saja, maklum sajalah bila dah masuk 6 ke 7 tahun menggunakan kereta yang sama, mesti ada benda yang perlu dibaiki sana- sini, banyak yang sakit nya.
Bermula dengan lampu kereta yang tidak menyala, rasa macam malap saja. Rupanya bila diperiksa sudah padam terus. Padahal suami saya bawa balik kampung, boleh pula lepas sekatan jalan raya, Polis tak periksa betul betul dan tidak perasan ke? Kemudian tingkap yang auto tidak berfungsi dengan baik. Bila mekanik periksa rupanya getah nya di tepi-tepi perlu ditukar dan dua tingkap lagi perlu ditukar sistem suis nya yang mana berharga lebih dari RM100. Dalam RM150 rasanya tetapi saya tak tukar kerana nak potong kos membaiki lagipun tak berapa penting lagi buat masa sekarang. Yang tukar getah itu hanya RM75 saja, agak mahal sekali dengan upah. Tapi memang daif sangat, maka memang perlu ditukar segera.
Selepas itu apa lagi, al maklum berada di kedai aksesori dan radio pula memang rosak, tak ada peluang untuk baiki lagi. Ini juga saya sudah pusing dan bertanya banyak kedai yang mengatakan memang radio saya tiada rezeki untuk dibaiki lagi. Nak tak nak kena tukar yang baru juga. Saya ambil yang paling murah. Asal kedengaran lagu dan suara sudah cukup, boleh mainkan CD dan bonus di sini boleh guna USB. Jika anda pembaca masih ingat entri yang lepas saya ada bercerita perihal radio kereta saya yang rosak.
Jom kita layan dulu gambar-gambar semasa sesi mekanik sedang membaiki kereta saya.
Proses mentebarai radio kereta ku |
Radio lama dah dicabut |
Servis sekali lah, tukar minyak hitam dan segalanya |
Alang-alang dah duk kedai aksesori kita kasi cuci mata, eh lampu kereta |
Tu dia, kilat lampu dia, macam ni baru menyala terang matanya |
Kita cuba tengok dulu bunyi dia ok ke tidak |
Proses menukar bateri yang baru |
Konon pada awalnya hanya tukar rubber @ getah pada tingkap kereta |
Radio sudah berfungsi dengan elok, berbunyi sudah |
Sekian dulu entri kali ini, sekadar sedikit perkongsian yang boleh dikongsikan sepanjang kejadian saya membaiki kereta dan servis sekali.
Semoga boleh diambil dan dijadikan rujukan bagi yang sedang mencari maklumat mengenai kereta, untuk baiki dan sebagainya. Semua sekali boleh saya kongsikan kos dia hampir cecah 1 ribu tapi belum sampai lah.
Ok, seperti biasa, sila hubungi saya bagi anda yang berminat nak membeli barang jualan saya.
Sila
sms/whatsapp ke : 010-9336935
Emel : wanrokiahwannor@gmail.com
Blog 2 : Stokis dan Produk DCL
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL
Sila buat
pembayaran ke
Akaun
Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank
Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Sila
sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh,
jumlah dan jenis bank)
melalui
SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat
tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti
Atau boleh
isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.
Jom
beriklan di sini : SOHO
Directory
Baca
terma iklan di sini : Syarat
pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party
Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan
fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp
ke : 010-9336935
Emel
: wanrokiahwannor@gmail.com
Facebook
: Wan
Rokiah
No comments:
Post a Comment