Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Monday, 20 January 2014

Kena Rajin Sentiasa

Assalamualaikum w.b.t,

Saya nak kongsikan serba sedikit maklumat yang saya terbaca dan ambil dari pembacaan saya untuk anda. Ini tidak lain dan tidak bukan adalah perkongsian untuk menaikkan semangat saya dan anda di luar sana.


 Apa saja yang kita sedang lakukan, kita harus serius. Terutama jika berniaga, kita harus SERIUS DALAM PERNIAGAAN! Kerana apabila kita buat secara tidak serius atau main-main, maka hasil yang kita dapat pun adalah main-main.

Bagaimana mahu serius? Jom baca tips-tips di bawah:

  1. Sentiasa Positif dan Yakin dengan bisnes yang anda buat! Tidak boleh fikir negatif, jika ada, sila tolak ketepi. Sebab itu penting kita cari seberapa banyak maklumat mengenai bisnes yang kita nak lakukan sebelum kita ceburi ia. Yakin yang memang bisnes ini adalah terbaik dan ada bukti-bukti orang yang berjaya. Kita hanya ikut atau duplikasi kan saja apa yang mereka lakukan.
  2. Sentiasa bersemangat! Kalau lemau atau kejap bersemangat, keja merudum maka memang tak kemana la dengan bisnes kita. Bagaimana mahu cari semangat? Jumpa orang-orang yang bersemangat, orang yang berjaya. Baca testimoni mereka dan jadikan sandaran.
  3. Aktifkan diri dengan Aktiviti Bisnes Kita. Ini penting supaya kita berasa yang  kita bekerja secara berkumpulan dan ramai yang sedang berusaha ke arah kejayaan, Kita terlewat sedikit, kita yang rugi kerana orang lain yang akan lebih berjaya nanti. Kita bermula dengan ZERO dalam bisnes apa pun, jadi bila nak ada ilmu, kena selalu hadirkan diri ke perjumpaan bisnes kita atau sekarang sangat mudah, hanya boleh beronline dan ada group tersendiri. Itu pun sudah cukup. Apa yang penting kena aktifkan diri dalam bidang tersebut. Biasanya dari sini, kita akan dapat AURA + Semangat + ilmu-ilmu yang sangat hebat dari orang yang telah berjaya..
  4. Kreatif dalam bisnes. Mesti kreatif cari jalan, jangan bertumpu pada satu jalan saja. Ya boleh beronline tetapi buat juga secara offline. Sebab ramai lagi prospek di luar sana yang tidak boleh online. Kita mesti cari lagi jalan-jalan lain untuk memastikan bisnes kita boleh berkembang dengan pesat. Supaya ramai orang tahu yang kita sekarang sedang berbisnes. Baru mudah mereka nak berhubung dengan kita.
  5. RAJIN! Ini sifat yang paling dan harus ditanam dalam diri siapa saja yang nak berjaya. Kena bangun awal, punca rezeki berada di awal hari. Jangan suka bangun lambat dan sebagai orang Islam, Solat Subuh. Dari apa yang pernah saya baca, saya dapati SEMUA JUTAWAN adalah yang rajin. Walaupun asalnya mereka seorang yang miskin! Dan, saya dapati juga, mereka yang kurang berjaya, memang sah-sah MALAS DAN CEPAT PUTUS ASA! Sekarang pun dah masuk tahun baru, maka azam di tahun ini, kita nak berusaha lebih dan lompat ke takuk yang baru. Kalau kita masih di takuk lama, memang akan terus hanyut ketinggalan.
SUMBER GOOGLE


Kalau kita tanamkan tips yang 5 asas ini, dan kitatambahkan lagi perkara-perkara yang lebih kreatif, saya YAKIN, kita semua yang berusaha ke arah JUTAWAN akan bergelar Jutawan lebih cepat. Amin


Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah


No comments:

Post a Comment