Assalamualaikum w.b.t,
Sudah 5 atau 6 hari saya tidak sempat hendak menjenguk ke
rumah kedua saya iaitu blog ini. Bukan lah sibuk mana tetapi ada sedikit urusan
yang menyebabkan entri saya tertangguh dan baru kini sempat mencuri sedikit masa
untuk taipkan entri dan kongsikan sedikit cerita dengan pembaca semua.
Ya jika diikutkan semua cerita ingin ditulis, ditaip dan
ikongsikan tetapi ada sedikit kekangan. Setiap kali ingin berkongsi sesuatu,
datang satu pertanyaan dalam diri sediri apa faedah dan kebaikan yang akan
diperolehi oleh pembaca yang membaca blog ini. Jadi setiap cerita yang ingin
dikongsikan mesti terlebih dahulu memberi faedah kepada pembaca supaya tidak
membuang masa pembaca sekalian dan saya sendiri juga.
Baik berkenaan entri hari ini, saya inginkan kongsikan
resepi mudah, cepat dan jimat berbanding jika berbelanja di luar. Resepi ini
dibuat sendiri di rumah menggunakan bahan pra segera yang dibeli di kedai. Saya
sudah kerap kali masak resepi ini dan ternyata ia sangat mudah dan
menyelerakan.
Resepinya adalah Ayam Goreng Bertepung Adabi
Bahan-bahan
Sekotak tepung goreng segera keluaran adabi
Ayam yang telah dipotong kecil/ikut kesesuaian sendiri
Sebiji telur
Sedikit garam
Minyak untuk mengoreng
Cara-cara:
1)
Ayam dibersihkan dan dicucuk dengan garpu
bahagaian yang banyak isi untuk mudahkan proses memasak (ada ditulis arahan ini
di kotak tepung adabi)
2)
Lumurkan sedikit garam ada ayam tersebut.
Biarkan seketika.
3)
Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan pukul
seketika supaya telur putih dan kuning bercampur.
4)
Curahkan sedikit tepung kedaam pinggang, untu
senangkan proses mengoreng ayam nanti.
5)
Panaskan minyak dan lumurkan ayam ke dalam telur
dahulu, selepas itu lumurkan pada tepung adabi pula.
6)
Masukkan ke dalam minyak yang telah panas dan
goreng ayam macam biasa.
7)
Setelah masak, boleh dihidangkan bersama sos
cili kegemaran seperti ayam KFC. Sudah jimat wang bukan? Atau boleh juga
dihidangkan bersama nasi putih dan lauk lain.
Sekian, semoga resepi yang agak mudah dan menyenangkan ini dapat
membantu anda di luar sana yang senantiasa sibuk dengan urusan yang serba perlu
sekarang ini.
Sila
sms/whatsapp ke : 010-9336935
Sila buat
pembayaran ke
Akaun Maybank
: 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank
Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Sila
sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh,
jumlah dan jenis bank)
melalui
SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat
tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti
Atau boleh
isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party
Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Untuk yang
berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
No comments:
Post a Comment