Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Wednesday, 22 January 2014

Baiki Air Cond Kereta

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, terlebih dahulu dipanjatkan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana semalam saya sudah sepenuhnya dapat membaiki Air Cond Kereta milik saya dengan harga yang berbaloi murah. Bukan saya tukang baiki tetapi saya hantar ke bengkel di mana sepupu saya bekerja. Iaitu di Sg Ramal , Z Garage Motorsports. Biasanya bengkel ini menjalankan kerja-kerja setup kereta untuk lumba di Litar F1 Sepang. Itu serba sedikit yang sepupu saya ceritakan dan sekadar pemahaman saya. Salah silap mohon dimaafkan.

Nak dipanjangkan cerita, setelah puas saya mencari dan bertanya banyak kedai masalah Air Cond yang tak sejuk, semua jawapan adalah sama yang kompressor telah kong, rosak serius dan perlu di tukar baru. Ya jika ambil yang original harganya RM980 dan jika ambil yang recond pula harga nya RM480. Setelah banyak kedai yang saya tanya terutama yang ada sign board"Periksa Air Cond Percuma" saya cuba, dan jawapan yang sama. paling menakutkan maklumat yang saya perolehi di salah satu bengkel yang ada nama besar dan sangat meluas rangkaian nya adalah kompressor saya rosak kerana apabila ada masalah tak sejuk, saya hanya tambah gas sahaja dan tidak servis. Manakala filter nya pulak tersumbat. Dan kalau dibaiki lebih dari RM1000 saya akan berhabis.

Bila memikirkan ini memang saya rasa tak mahu baiki dan biarlah dalam keadaan begini. Apa yang dirisaukan adalah apabila perjalanan balik ke kampung yang terpaksa melalui jalan yang jauh. Jika cuaca hujan, memang sangat memerlukan Air Cond yang baik. Maka nak tak nak perlu juga dibaiki. Walau ada niat dalam hati nak pakai atau tukar kereta baru saja.

Alhamdulillah setelah pening mana satu kedai yang nak dipilh dan berhabis duit untuk baiki Air Cond yang rosak ini, saya terasa nak minta pendapat sepupu yang bekerja sebagai mekanik kereta. Memang selalu jika ada masalah atau nak servis saya hantar ke bengkel dia bekerja saja. Cuma sejak kebelakangan ini saya servis di tempat lain, saja tukar angin. Rupanya bengkel nya pun ada peralatan untuk menukar kompressor dan baiki Air Cond. Selama ini pemahaman saya, dia hantar ke bengkel yang lain.

Maka dipendekkan cerita, esoknya kereta saya dibaiki dan dengan harga yang berbaloi saya dah rasa balik Air Cond sejuk dalam kereta. Cuma bau yang keluar dari sumber Air Cond agak kurang menyenangkan. Tak apa, kita boleh guna Perfumes Munif Hijjaz yang juga menjadi produk jualan saya,Anda nak beli dengan saya? sangat dialu-alukan,


Sekian dulu entri ini sebagai catatan dan sumber rujukan bagi orang lain juga yang ada masalah seperti saya. Jangan terus percaya satu kedai, tetapi cari banyak sumber dan dapatkan pertolongan Allah untuk  membuat pilihan. Moga dibantu dan dibukakan jalan kepada kita menemui penyelesaian yang terbaik.

Seperti biasa untuk beli sebarang produk dari saya, boleh hubungi.



Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog 3 : Bisnes
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah


No comments:

Post a Comment