Di pagi Jumaat yang hening ini, hari ke 12 Ramadhan tahun 1437H, setelah siap solat Subuh saya baring-baring sekejap, niat ingin tidur sekejap tetapi mata tak mau lelap. Sambil-sambil berangan-angan dan berdoa juga untuk jadi kaya, punya wang yang banyak, dapat beli rumah teres kepunyaan sendiri, semoga diaminkan oleh semua anda yang membaca blog dan entri saya pada hari ini. Betapa teringin nya saya nak punya rumah sendiri, sangat berharap tuan rumah yang dah tipu dan ambil duit deposit rumah dari saya kebalikan semula pada saya atau pada agen yang bertugas kerana saya ini bukanlah orang kaya yang ada banyak duit. Masa nak bayar deposit rumah yang nak dibeli itu pun saya pinjam 3K dengan makcik saya, dan saya bayar ansur-ansur sehingga habis kepada makcik saya kerana pada ketika itu saya tak punya duit yang banyak tetapi betapa saya nak ada rumah sendiri yang niat pada ketika itu untuk dijadikan rumah sewa dan saya akan dapat pendapatan pasif bulan-bulan.
Baiklah dah jauh sangat sangat berangan dan bercita-cita serta bercerita di sini, yang sebenarnya dah lari dari topik asal. Saya nak ceritakan yang anak kedua saya yang bongsu pada ketika ini telah dijangkiti chicken pox, Patutlah masa hari Isnin, semasa saya ambil dia balik dari Pusat Asuhan Pasti, dia marah-marah katanya dia sepatutnya berada di rumah bersama saya, saya tak perlu pergi kerja dan jaga dia di rumah, puasa saya terangkan yang saya perlu pergi kerja, Bila sentuh dahi, rupanya demam budak ini. Esok paginya dah keluar bintik bintik berair, maka memang saya perlu bercuti kerana sebelum ini kawannya dah kena chicken pox pada hari Sabtu. Kiranya ada pembawa lah di tempat mereka belajar, jadi saya terus bawa ke klinik pagi itu untuk dapatkan ubat sapu bagi elakkan dia gatal dan garu iaitu losyen calamine. Saya ke klinik 24 jam memandangkan waktu itu baru jam 6.45pagi, kira pas sahur. Niat asal ingin bertemu doktor sekali tetapi si Ammar ni fobia dengan doktor padahal ubat dia Ok saja, boleh makan dengan mudah. Dsebabkan lama menunggu walaupun klinik 24jam dan hanya ada 1 orang pesakit yang lain, tapi lama menunggu membuatkan Ammar merengek nak balik. Jadi saya segera beli ubat sahaja di farmasi klinik tersebut dan balik.
Lain pula yang jadi bila keluar klinik, Ammar nak ke taman permainan berdekatan klinik al zalfah, fasa 4 tambahan, jadi bawa lah sekejap lepaskan gian dia nak bermain. Saya pula terfikir-fikir mana nak cari air kelapa untuk bagi penawar kepada chicken pox Ammar, sebab bulan puasa biasa hanya petang baru boleh dapat. Cari di 7e tiada, sama juga dengan econsave pun tiada. Rupanya sekarang air kelapa sudah ada dikotakkan. Tapi jika nak jadikan penawar mestilah kita nak cari yang asli kan.
Dipendekkan cerita, petang itu juga saya dan abahnya bawa Ammar ke klinik kerajaan untuk dapatkan ubat antiviral seperti yang diberitahu oleh kawan saya yang anaknya dijangkiti chicken pox juga, yang bawa ke klinik lambat tetapi Doktor Klinik swasta itu nasihatkan untuk ambil ubat anti viral supaya mudah sembuh dan tidak berjangkit, anaknya lambat dibawa ke klinik dan terlambat untuk diberi ubat tersebut. Berlainan dengan saya, saya segera bawa ke klinik setelah diberitahu, tetapi Doktor pula yang tidak beri ubat anti viral, hanya diberi losyen calamine dan ubat tahan gatal sahaja.
Hari Kedua Ammar kena chicken pox, dah mula merebak semakin banyak di kepala dan belakang badan . Yang naik awal dah mula kecut dan pecah. Kali ini makin kuat merengek dan manja, nak kan perhatian yang lebih. Memang perlu jagaan rapi dan sentiasa sapukan ubat losyen supaya tak garu dan sebabkan lebih banyak naik. Malangnya malam sebelum tidur, tidak diberi ubat tahan gatal dan si Ammar mengamuk tak boleh tidur, gatal badan, kasihannyalah tengok, sampaikan saya buka sema seluar dan pampers, tidur malam Ammar masih pakai pampers. Saya sapukan losyen ke seluruh belakang badan seperti pakai bedak sejuk, tak ada calit-calit guna cotton buds (putik kapas) lagi. Lepas bagi ubat makan untuk tahan gatal, baru boleh tidur lena.
Hari ketiga, Ammar tinggal dengan abahnya dan juga hari ini hari keempat nampak semakin surut dan jika ikutkan abahnya nak hantar ke pusat asuhan kerana ingin kerja. Tetapi masa-masa ini lah bahayanya mudah berjangkit kepada kanak-kanak lain, Seperti pesan Doktor, perlu asingkan tempat tidur dan jangan bagi main dengan kanak-kanak lain kerana bahayanya penyakit chicken pox sekarang adalah akan kena juga pada mereka yang pernah kena bukan seperti dulu setiap orang hanya 1kali kena saja. Jadi langkah berhati-hati sangat perlu dilakukan supaya tak berjangkit pada anak-anak lain.
Sekian dulu.
Sebenarnya ada gambar-gambar tetapi kemalasan melanda untuk muat naik. Tengoklah jika esok kerajinan datang dan ada banyak masa di rumah sebab cuti 3 hari dari kerja, horey horey.
Seperti biasa,
Sila hubungi
saya seperti di bawah bagi anda yang ingin membeli sebarang produk jualan saya,
Sila
sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog
DCL : http://sihatdancantikdengandcl.blogspot.my/
Sila buat
pembayaran ke
Akaun Maybank
: 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank
Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Sila
sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh,
jumlah dan jenis bank)
melalui
SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat
tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti
Atau boleh
isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party
Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini: Akademi
Untuk yang
berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
No comments:
Post a Comment