Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Saturday 18 June 2016

Berbuka Puasa Percuma Di KL Sentral 20hb Jun 2016

Assalamualaikum w.b.t,

Apa khabar sahabat saya sekalian pada Ramadhan ke 13? Semoga sentiasa dalm lindungan rahmatNya. Mungkin dah ada yang habiskan cuti hujung minggu untuk menyediakan kelengkapan raya seperti membeli pakaian raya jika belum tempah siap dan ada juga kaum hawa yang sibuk menyediakan biskut raya untuk hidangan hari raya nanti. Walau apa saja kesibukan kita  di dunia ini, sentiasalah ingat akan akhirat dan jagalah iman diri masing-masing.

Saya di sini ingin war-warkan tentang aktiviti Isnin nanti kepada sahabat sahabat saya dan juga sesiapa sahaja yang sedang membaca entri ini mengenai Juadah percuma yang anda bakal perolehi di Kl Sentral pada 20hb nanti. Ini untuk anda yang berkejar dari kerja untuk puang berbuka di rumah masing-masing, mungkin ada yang nak jimat belanja atau tak punya masa untuk membeli atau balik masak untuk dimakan semasa berbuka, boleh gunakan kesempatan yang ada, harap sangat anda dapat memeriahkan dan mengambil juadah untuk diri sendiri.

Maklumat lanjut adalah seperti berikut:

Dibawakan Khas oleh TLC
Ada tak sahabat FB saya ni atau kenalan uols yang memang turun di KL Sentral sepanjang ulang alik bekerja?
In syaa Allah TLC akan edarkan hampir 1000 Iftar packs untuk uols yang rushing pulang dari kerja untuk berbuka.
Temui team TLC Amal di KL Sentral.
Dapatkan FREE Iftar pack anda :
Tarikh: 20-Jun-2016 (Isnin)
Venue: KL Sentral
Jam: 4pm - 6pm
Jemput datang ya.. !!!


Jika anda nak tahu TLC ini adalah kumpulan atau pasukan sukarela yang tiada kaitan dengan politik atau apa sahaja. Ia adalah 1 kumpulan perniagaan yang kami namakan untuk mengenal ahli kumpulan yang semakin hari semakin ramai. Jadi dengan nama TLC ini, sesiapa dalam bidang perniagaan sama dapat tahu dan kenal yang kita adalah seiring dan saling bekerjasama. 

Saya bukanlah orang yang aktif dalam perniagaan ini kerana suam-suam kuku sahaja, saya lebih kepada guna pakai sendiri dan tolong beli jual pada kawan-kawan yang terdekat bagi mudahkan urusan mereka mendapatkan produk yang mereka nak guna.
Antara produk yang laku laris adalah;
*sabun hijau/sabun ketiak/marine essence
*sabun serbuk eziclean
*mineral coffee
*saya pengguna tegar korset PB
Sekarang dah turun berat dan badan dah kembali slim, kena beli korset yang saiz lebih kecil pula sebab dah jadi tak berapa selesa jika pakai korset lama sebab besar. Apa yang saya rasa bila pakai korset ini adalah rasa badan sangat kemas, seperti dipeluk sentiasa oleh orang yang tersayang. Ia bantu postur badan supaya berada pada setiap tempatnya dengan kemas. Sukar nak cerita, paling baik anda cuba pakai sendiri dulu.

Sekian dulu,

Jika anda berminat untuk beli barang jualan saya, boleh hubungi saya seperti biasa. Untuk maklum balas yang cepat, terus sms/Whatsap ke 010-9336935

No comments:

Post a Comment