Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Thursday, 2 June 2016

Dugaan Mendewasakan Kita

Assalamualaikum w.b.t,

Allahuakbar
Pelbagai hal berlaku dalam dua tiga minggu kebelakangan ini
Tercalar emosi, perasaan semua ada
Tinggal masih hidup dan ada nyawa dalam badan saja
Maka perlu diteruskan juga sisa kehidupan ini
Berat mata memandang
Berat lagi badan dan minda yang menangung

Apa yang memberatkan kepala otak dan minda saya buat masa ini adalah kerosakan smartphone saya yang baru saja dibaiki, baru tak baru pon rasa lama juga sebab dah hampir 5 bulan. Paling akhir baiki haritu bulan Disember 2015 kerana dia blank dan tak hidup, rupanya IC yang rosak. Bukan manusia saja yang ada IC tapi smartphone pun bukan main ya,ada juga. Nak dikatakan saya memang jarang beli barang 2nd hand atau 3rd hand, memang bukan jenis saya yang minat dengan barang bekasan orang tapi untuk smartphone Samsung Note 1 ini saya rela beli yang 3rd hand, tau saja lah jika beli yang terpakai walaupun saya tahu yang guna pakai adalah orang yang cermat dan saya memang mengenali rapat orang-orangnya.

Kerosakan telefon yang smart memang sangat mengganggu aktiviti harian saya, walaupun saya ada backup samsung mini S3 tapi ia juga ada masalah tersedniri yang menyebabkan saya terpaksa beli Note 1 tersebut. S3 mini ini maslah susah nak caj, punggungnya (usb) dah rosak teruk. Kadang caj masuk dan kadang tak masuk, walaupun guna external charger dan saya ad 2 bateriuntuk standby tapi dalam keadaan terdesak ia buat hal juga. Memang menguji kesabaran dan saya anggap ini dugaan dalam hdup dan berniaga online.

Bayangkan kerja-kerja anda nak update dengan pelanggan menjadi terhad, anda nak reply pelanggan juga menjadi lambat kerana saya hanya boleh gunapakai perisian Whatsapp bila mana berada di rumah saja. Dan bila di rumah saya ada komitmen lain. Dan guna laptop atau pc bukan boleh dibawa ke mana-mana sambil buat kerja rumah yang lain, oh semua ini sangat terbatas dan membuatkan saya agak tertekan. 

Apabila berada dalam keadaan di duga begini, saya memikirkan cara keluar, dan saya sangat tahu yang saya hanya perlu bergantung ada diri sendiri sepenuhnya dan bukan ada sesiapa yang dapat bantu menyelesaikan masalah begini untuk saya. Nak tak nak saya sendiri kena ambil keputusan drastik untuk berbuat keputusan yang bijak sama ada nak menunggu telefon siap dibaiki, atau alternatif beli telefon yang baru. 

Bila fikir nak beli yang baru, masih terhad sebab saya sudah pun order Samsung Note 5 yang dijual secara pre-order, kononya sampai 8 june ikut perkiraan kami yang sama-sama order tetapi hingga kini nampak gayanya status menunggu perlu dipanjangkan lagi dan tidak akan diperolehi dalam waktu terdekat begini.

Sekian dulu catatan saya sekadar luahan apa yang saya tengah alami kini, walaupun banyak hal lain yang berlaku silih berganti tetapi saya rasa yang betul-betul sesakkan kepala dan buat saya serabut adalah kerosakan telefon kerana saya ini peniaga online walaupun sampingan saja.

Bagi anda jika nak hubungi secara urgent boleh hubungi saya dengan no 011-15106935 (call/sms). Saya masih dapat dihubungi , sebab bukan jenis saya yang hidup tanpa telefon sampaikan orang sekeliling nak hubunigi pun tak ada cara melainkan kena bersemuka, cuba bayangkan jika berlaku apa-apa eksiden yang sangat-sangat perlukan orang hubungi kita secara terus, dengan telefon yang mati, yang bateri tak caj, dengan hidup zaman sekarang yang tiada alat telefon begini, ia sangatlah sukar.

Semoga apa yang saya kongsikan dapat jadikan iktibar dan panduan untuk diri saya sendiri dan sesiapa saja yang memerlukan. sekian

Sila hubungi saya seperti di bawah bagi anda yang ingin membeli sebarang produk jualan saya,
Sila sms/whatsapp ke : 010-9336935
Blog DCL : http://sihatdancantikdengandcl.blogspot.my/
Facebook : Wan Rokiah
Fanpages: Stokis DCL

Sila buat pembayaran ke
Akaun Maybank : 1122 6908 0045 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)
Akaun Bank Rakyat : 2208 0606 1357 (Wan Rokiah bt Wan Mohd Nor)


Sila sertakan bukti pembayaran (masa, tarikh, jumlah dan jenis bank)
melalui SMS/Whatsapp/Inbox Facebook/Emel
Maklumat tersebut hendaklah dinyatakan seperti di bawah:
Nama Penuh,
Alamat Penghantaran,
No telefon,
Item Order dan kuantiti


Atau boleh isikan pada BORANG PESANAN di ruangan bawah blog ini.

Jom beriklan di sini : SOHO Directory
Baca terma iklan di sini : Syarat pengiklanan
Jom beli barangan keperluan semasa anda di sini : Kedaionlinecikroki
Jom beli kelengkapan parti harijadi di sini : Party Solution
Jom sertai kami di Akademi Bekerja Di Rumah di sini:
Akademi

Untuk yang berminat mendaftar belajar asas blog dan fanpage, hubungi melalui:
Sms/whatsapp ke : 010-9336935
Facebook : Wan Rokiah

No comments:

Post a Comment