Jumlah Pengunjung

Cari di sini

iklan

Saturday, 10 January 2015

Dugaan Pengeposan Hari ini

Assalamualaikum w.b.t,


Dugaan betul apabila pelanggan nak barang dengan cepat dan bagitahu dalam masa yang singkat, kita pulak terdesak untuk ke pengeposan. Apa yang dijangka dan kerja di masa yang singkat inilah dugaannya. Sampai ke pejabat pos dan sampul pos prabayar kehabisan. Terpaksa mencari di pejabat pos yang lain. Bila dah dapat sampul, terus nak pos barang sekali kena tukar slip pula sedangkan kita dah tulis lengkap alamat pengirim dan penerima. Kena buat dua kali kerja pula, tulis sekali lagi. Nasib baik hanya dua barang saja yang nak diposkan. Jika 10? Makin lama dan bertambah kerja lah di situ, mungkin habis masa rehat sejam dengan urusan pengeposan saja.

Itulah kadang fikir malas ambil kerja atau order last minute tapi bila fikir semula harapan orang yang nak barang dan jika ambil, dapat bisnes juga.

Ini pengalaman yang biasa dilalui bagi peniaga online macam saya.

Semoga bersabar dan tempuhi dugaan begini kerana ingat bukan kita seorang yang harus hadapinya, ramai lagi orang lain yang alami perkara yang sama.

Sekian dulu coretan hari ini yang bertarikh 8hb Januari 2015 sebenarnya.

No comments:

Post a Comment